Kesilapan Angka Dan Guan Eng Seperti Tidak Boleh Dipisahkan
KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Kesilapan angka dan Lim Guan Eng seperti tidak boleh dipisahkan. Semasa menjadi Ketua Menteri Puau Pinang, kesilapan angka ini kerapkali berlaku, kini setelah menjadi Menteri Kewangan, kesilapan angka sekali lagi berlaku.
Di sidang Dewan Parlimen hari semalam, Guan Eng membuat pembetulan berhubung jumlah wang yang sedia ada dalam tabung bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM1,486 billion yang diumumkan sebelum ini sebenarnya adalah RM148.6 juta yang mana kesilapan itu merupakan ‘kesalahan tidak sengaja’ daripada pegawainya yang salah meletakkan titik perpuluhan.
“Saya ingin membuat pembetulan terhadap angkat tersebut. Angka sebenar ialah RM148.6 juta, bukanlah RM1,486 juta seperti yang saya kata minggu lepas. Itu kesilapan tidak sengaja pegawai saya yang tidak meletakkan titik perpuluhan.
“Ini bermaksud, jumlah kekurangan dana dalam tabung bayar balik GST jauh lebih besar dari apa yang dilaporkan sebelum ini iaitu RM19,248 juta berbanding RM17,911 juta yang saya laporkan pada minggu lepas,” katanya.
Tambahnya lagi, tunggakan bayaran balik sejak 2015 tidak dapat dibuat kerana tabung bayar balik GST kekurangan dana RM19,248 juta akibat kegagalan kerajaan terdahulu tidak memindahkan wang tersebut ke dalam akaun bayar balik dari tempoh 2015 hingga 31 Mei 2018.
“Kegagalan bayar balik adalah kerana kelemahan aliran persekutuan akibat kekurangan disiplin fiskal, pembaziran yang berleluasan dan pertambahan hutang besar.
“Apa yang dilakukan oleh pentadbiran terdahulu merupakan pemansuhan akaun dan pengiringan pembayaran balik cukai untuk kegunaan lain atau untuk menutup defisit supaya mereka dapat menunjukkan kedudukan lebihan… ini masih benar,” katanya lagi.
Dengan pembetulan itu, jumlah sebenar wang untuk bayaran semula GST RM 19.248 bilion bukan RM19.4 bilion yang Guan Eng dakwa dirompak oleh kerajaan BN dahulu.
Minggu lalu, ketika membentangkan RUU Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Mansuh) 2018, Guan Eng berkata jumlah keseluruhan bayaran balik GST adalah sebanyak RM19.4 bilion semenjak pelaksanaan cukai itu sehingga ke 31 Mei 2018.
Manakala jumlah wang baki yang sedia ada dalam tabung bayaran balik GST RM1,486 juta dan jumlah itu disahkan selepas pemeriksaan dan audit dalaman oleh jabatan kastam, menandakan bahawa kekurangan kira-kira RM18 bilion.
Menurut perangkaan jabatan kastam, jumlah bayaran balik GST untuk 2017 adalah sebanyak RM9.18 bilion, pada 2016 (RM6.78 bilion) dan pada 2015 (RM600 juta). –MediaUMNO