‘Live’ Diskusi Dari Parlimen, “BN Curi RM 19.4 Bilion?”

KUALA LUMPUR, 13 Ogos –UMNO Online akan bersiaran secara langsung pada jam 9 malam ini melalui program Diskusi Dari Parlimen, yang akan membawa tajuk ‘BN Curi 19.4 Bilion?’ yang akan dikupas oleh bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Dato Noor Azizan Abdul Majid yang bertindak sebagai moderator.

Diskusi secara langsung ini akan mengupas tuduhan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendakwa bahawa BN telah ‘merompak’ hasil kutipan GST berjumlah RM 19.4 bilion.

Kepada orang ramai yang ingin mengikuti siaran langsung ini, bolehlah melayari laman facebook rasmi UMNO Online untuk mengetahui cerita sebenar di sebalik tuduhan ‘rompakan’ RM19.4 bilion yang didakwa oleh Menteri Kewangan di dalam parlimen baru-baru ini.-MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.