Dakwaan Kerajaan BN Rompak Bayaran GST, Khairy Buat Laporan Polis


KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini membuat laporan polis berkaitan kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mendakwa kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) telah merompak duit bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Guan Eng ketika penggulungan Perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat baru-baru ini telah mendakwa kerajaan BN ‘merompak’ bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.

Semalam, sekali lagi Guan Eng membangkitkan perkara sama di Dewan Rakyat dengan mengatakan audit dalaman dan pemeriksaan kastam mendapati sejumlah RM18 bilion hilang dalam tabung bayaran balik GST.

Dakwaan Guan Eng ini tidak disenangi oleh semua Ahli Parlimen Pembangkang dan menuntut Guan Eng untuk memberi penjelasan terhadapan dakwaan ‘merompak’ itu.

Khairy yang membuat laporan polis di IPD Sentul dijadual akan mengadakan satu sidang media di lobi Parlimen hari ini selepas selesai membuat laporan polis. –
MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.