Kita Parti Politik, Ikut Suka Kitalah Mahu Bertanding Atau Tidak – Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – “Kita parti politik, ikut suka hati kitalah nak masuk ke tidak. Ini bukan soal kerajaan, ini soal parti politik. Soal pertandingan biasalah kalah menang malah di peringkat negara pun kita ada pada PRU-14 lalu, jadi tidak ada sebab untuk kita tidak masuk, cuma kena tengok kita nak bergabung dengan siapa untuk bertanding,” ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Jelas beliau, tiada siapa pun atau parti mana pun yang boleh memberi ‘arahan’ kepada parti lain untuk bertanding dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana itu adalah hak parti terbabit untuk membuat sebarang keputusan.

“Seperti baru ini Barisan Nasional (BN) bertanding dan Pas tidak bertanding… itu kita punya strategi tapi dari segi nak bertanding, saya ingat bukan ditentukan oleh siapa pun, itu hak kitalah.

“Tak payah nak suruh orang itu bertanding orang itu tak perlu bertanding… tahulah sudah menang tapi tidak perlulah beri satu ‘instruction’… terpulanglah kepada parti kita,” tegas beliau.

Mahadzir berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar yang mengatakan Pas dan BN tidak perlu bertanding pada PRK Balakong dan Seri Setia kerana keputusan PRK Sungai Kandis membuktikan rakyat masih percaya kepada gabungan Pakatan Harapan. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.