Ahli Parlimen PH Diberi Amaran Guna ‘Kepala Bapak’ Dalam Sidang Parlimen

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mencetuskan kekecohan apabila RSN Rayer (PH – Jelutong) mengunakan perkataan ‘kepala bapak’ ketika diberi peluang untuk bertanyakan soalan tambahan.

Perkara ini berlaku selepas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ong Kian Ming menjawab soalan dari Datuk Seri Hamzah Zainudin (BN – Larut) yang bertanyakan tentang aliran keluar masuk pelaburan dan dana melibatkan Malaysia.

Ketika diberi peluang, Rayer membangkitkan tentang impak 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Apabila ditegur Hamzah, Rayer didakwa mengancam untuk mengunakan perkataan ‘kepala bapak’.

Hamzah kemudian merujuk kepada Peraturan Dewan Rakyat dan meminta Rayer untuk segera menarik balik pengunaan perkataan itu.

Speaker, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof bersetuju dengan Hamzah dan mengarahkan Rayer untuk berbuat demikian serta diberi amaran terakhir agar tidak menggunakan kata-kata kesat . – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.