Pilih BN, PRK DUN Sungai Kandis Mula Mengundi Hari Ini

SHAH ALAM, 4 Ogos – Seramai 51,217 pengundi bakal menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis apabila pusat pengundian dibuka pukul 8.00 pagi ini.

Sepanjang kempen yang bermula 21 Julai lalu, para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengingatkan pengundi untuk memilih calon BN iaitu Datuk Lokman Noor Adam sebagai signal dan referendum rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ini lantaran kegagalan kerajaan PH menunaikan pelbagai janji khususnya dalam tempoh 100 hari pentadbiran mereka antaranya mengawal kenaikan harga barang, menurunkan harga minyak, KWSP untuk suri rumah, menangguhkan bayaran PTPTN sehingga gaji mencapai RM4 ribu, menyamaratakan gaji minimum dan menghapuskan hutang peneroka Felda.

PRK DUN Kandis menyaksikan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam berdepan pertandingan tiga penjuru menentang calon PKR, Mohd Zawawi dan calon Bebas, K. Murthy.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei yang meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.