Diskusi N49 Malam Ini, Timbalan Presiden Dan Ketua Penerangan Kupas ‘Kenapa Perlu UMNO?’

SHAH ALAM, 3 Ogos – Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan menyaksikan Diskusi N49 yang akan mengupas tajuk ‘Kenapa Perlu UMNO?’

Malam ini, Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengarah Jentera PRK DUN Sungai Kandis, Datuk Seri Mohamad Hassan akan bergandingan dengan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah bersama moderator yang tidak asing lagi iaitu Tun Faisal Ismail.

Diskusi N49 ini akan diadakan di Command Centre Barisan Nasional (BN), Kg Sungai Kandis dan boleh disaksikan secara langsung melalui laman facebook UMNO-Online pada pukul 9.00 malam.

Tentunya Diskusi N49 ini akan menjadi wadah bagi masyarakat khususnya pengundi untuk mengetahui hala tuju dan keutamaan parti. Sama-samalah ikuti kupasan ‘Kenapa Perlu UMNO?’ agar segala keraguan dan kesulitan berkaitan hala tuju dan perjuangannya terjawab. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.