Shabery Chik, Anina Saadudin Tamu Diskusi N49, Kupas Isu ‘Flip-Flop Dan U-Turn’

SHAH ALAM, 2 Ogos – Bekas Pengasas PPBM, Anina Saadudin akan muncul bersiaran langsung di dalam program Diskusi N49 untuk mengupas tajuk ‘Flip-flop dan U-Turn’ bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Chek malam ini yang turut menampilkan Tun Faisal Ismail sebagai moderator.

Diskusi N49 ini akan bersiaran secara langsung pada pukul 9.00 malam ini dan boleh diikuti menerusi laman facebook UMNO Online.

Progam yang disiarkan secara langsung selama tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan berakhir pada 3 Ogos ini, sehari sebelum hari pengundian.

Marilah bersama-sama mengikuti diskusi tersebut bagi mengetahui kupasan dan hujahan yang akan dilontarkan oleh para panelis berhubung sejauh mana kerajaan PH hari ini mampu melunaskan janji mereka kepada rakyat– MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.