Salahkan Kepimpinan BN Cara Baru Kerajaan PH Lepas Diri Jawab Soalan

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Tidak habis-habis salahkan Barisan Nasional (BN). Itulah yang boleh disifatkan senario dalam pentadbiran kerajaan baru di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) kini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chien Jen juga tidak ketinggalan menggunakan alasan yang sama apabila tidak dapat menjawab persoalan yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad, di Dewan Rakyat, hari ini.

Noraini dalam soalannya meminta penjelasan daripada Chien Jen mengenai sama ada kerajaan akan mewajibkan syarikat pengimport gula di negara ini mendapatkan sijil halal pada masa hadapan namun dek kerana tidak mampu untuk beri jawapan, Chien Jen mengambil ‘langkah mudah’ dengan meletakkan kesalahan kepada kepimpinan sebelum ini.

Jawapan Chien Jen, “Pada masa ini ada lima pengilang yang menapis gula mentah yang diimport. Dan ini telah berlanjutan beberapa tahun, tapi masalah sama ada kilang ini mempunyai sijil halal tidak pernah ditimbulkan sebelum ini.

“Oleh itu saya rasa kita akan buat kajian untuk perkara ini, kerana ini polisi kerajaan BN dulu, tidak ada timbul isu langsung sama ada gula yang diimport halal atau tidak halal, jadi kita haruslah mengkaji lagi,”. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.