Pemuda Tubuh ‘ Task Force’, Wujudkan Ruang Aduan Menerusi Media Sosial Pantau SST – Asyraf

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pergerakan itu akan mewujudkan ‘task force’ bagi memantau harga barangan selepas pelaksanaan cukai SST kelak.

Menurut beliau pada masa yang sama pergerakan itu juga akan mewujudkan platform menerusi media sosial bagi memudahkan orang ramai membuat sebarang aduan.

“Kita bersetuju wujudkan ‘task force’ bagi memantau harga barangan selepas pelaksanaan SST yang bakal dilaksanakan dan akan gerakkan seluruh cawangan kami di seluruh negara yang berjumlah lebih 20 ribu cawangan.

“Ini adalah untuk memastikan pelaksanaan cukai SST bagi menggantikan GST tidak akan membebankan rakyat khususnya dari kenaikan harga barang termasuk apa yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini,” katanya.

Katanya lagi Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Mohd Shahar Abdullah akan mengetuai ‘task force’ berkenaan manakala Exco Pemuda UMNO, Afriz Mohd Noor akan mengetuai aduan menerusi media sosial.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato Onn, hari ini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.