Menteri Label NGO Belia Macai BN Ditegur

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO menegur sikap yang diambil oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang melabelkan NGO belia sebagai macai-macai Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Syed Sddiq perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan terutamanya ketika berbahas.

“Beliau perlu berhati-hati ketika berbahas kerana kenyataan beliau di Parlimen hari ini yang menggelarkan NGO seperti GPMS, Belia 4B, Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai macai-macai BN merupakan satu tuduhan atau kata-kata yang amat tidak bertanggungjawab,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyauart Exco Pemuda UMNO, di Menara Dato’ Onn hari ini.

Dr Asyraf berkata demikian sebagai mengulas tindakan Syed Sddiq yang juga Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dalam perbahasan di Parlimen tadi menyamakan persatuan belia dengan ‘macai politik’.

“Beliau seharusnya bersifat negarawan. Apabila dilantik sebagai anggota pentadbiran dan sebagai menteri harus berjiwa negarawan. Apa maksud negarawan… sebagai menteri kita harus melihat di luar kepompong kepartian.

“NGO mahu pun pertubuhan belia merupakan mewakili suara anak muda. Adakala mereka menyokong adakala mereka mengkritik. Takkanlah setiap masa dan kadangkala mereka mengkritik kerajaan akhirnya kita melabelkan dengan pelbagai labelan,” katanya.

Kata beliau lagi ketika PH menjadi pembangkang sebelum ini mereka mengutarakan soal budaya politik yang berteraskan soal kebebasan bersuara, hormati perbezaan pandangan dan hormati hak suara anak muda.

“Tetapi takkan baru dua bulan menjadi kerajaan terus melontarkan kata-kata yang tidak bersifat ahli parlimen beradab dan mempunyai nilai moral yang tinggi,” bidasnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.