Bekas Pemimpin Mahasiswa Antara Muka Baru Dilantik Exco Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Bekas pemimpin mahasiswa, Muhammad Farhan Khairuddin, 24 merupakan antara pemimpin muda yang dilantik dalam barisan Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia hari ini.

Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau merupakan exco yang paling muda berada di dalam barisan kepimpinan pergerakan berkenaan selain lapan lagi mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai gabungan latar belakang.

Menurut Asyraf pelantikan tersebut adalah dalam usaha memberi tumpuan kepada agenda pergerakan berkenaan yang telah dimaklumkan sebelum ini.

“Pemuda UMNO telah melantik sembilan lagi exco bagi penggal 2018-2021. Di kalangan yang dilantik ini ada yang paling muda sekali yang merupakan bekas pimpinan mahasiswa yang berumur 24 tahun.

“Manakala yang lain-lain kebanyakan mereka yang dilantik untuk memfokuskan kepada agenda Pemuda UMNO,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di Ibu Pejabat parti, Menara Dato Onn, hari ini.

Berikut senarai lantikan baru Exco Pemuda UMNO.

  1. Bastien Onn
    2. Ahmad Badurol Hisham Mukhtar
    3. Muhammad Farhan Khairuddin
    4. Mohd FarizAbd Hadi
    5. Nik Saiful Adli Burhan@ Jaohari
    6. Afif Farhi Othman
    7. Raihan Husni
    8. Sayed Amir Muzakkir Al Sayed Mohamad
    9. Fadzmel Fadzil
@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.