Kerajaan PH Perlu Berani Tunai Janji Dalam Manifesto, Gaji Minima RM1,500

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, Kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) perlu ada keberanian untuk melaksanakan segera pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang dijanjikan dalam manifesto mereka.

Jelas beliau, sekiranya kerajaan PH melaksanakan segera perkara tersebut ia dapat menyumbang kepada pemulihan struktur ekonomi negara.

“Tindakan menaikkan gaji minimum adalah satu pendekatan yang penting dalam struktur ekonomi negara. Kadar kenaikan gaji dengan kadar kenaikan kos sara hidup adalah satu perkara yang sangat penting. Banyak masa digunakan untuk mengawal kenaikan harga. Walhal dalam ekonomi yang terbuka, kadar ringgit yang lemah serta harga minyak yang mahal, agak sukar untuk mengawal kos sara hidup.

“Tetapi menaikkan gaji minima adalah satu pendekatan yang penting dalam struktur ekonomi negara. Kerajaan mesti ada keberanian untuk melaksanakan segera gaji minima ini,” ujar beliau ketika mengajukan soalan tambahan kepada Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran ketika sesi soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam jawapan balas Kula berkata, perkara tersebut tidak boleh dilakukan serta-merta dan hanya akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun dari sekarang. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.