Fathul Bari dan Mat Nadzari Kupas Isu Janji 100 Hari Kerajaan Dalam Diskusi N49 Malam Ini
SHAH ALAM, 1 Ogos – Diskusi N49 malam ini diteruskan dengan membawakan tajuk ‘Sudah Hampir 100 Hari’ yang menampilkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jaya dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.
Diskusi N49 ini akan bersiaran secara langsung pada pukul 9.00 malam dengan boleh diikuti menerusi laman facebook MediaUMNO.
Progam yang disiarkan secara langsung itu diadakan bersempena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis untuk memberikan input dan maklumat kepada penduduk setempat khususnya tentang isu-isu yang berlaku dalam negara semenjak pentadbiran kerajaan baru, Pakatan Harapan (PH).
Program Diskusi N49 ini diadakan pada setiap malam bermula tempoh berkempen di PRK Sungai Kandis sehinggalah ke hari terakhir sebelum pengundian dijalankan pada 4 Ogos ini.
Marilah bersama-sama mengikuti diskusi tersebut bagi mengetahui kupasan dan hujahan yang akan dilontarkan oleh para panelis berhubung sejauh mana kerajaan PH hari ini mampu melunaskan janji mereka kepada rakyat. – MediaUMNO