Tok Pa Dan Tun Faisal Ahli Panel Kupas Isu ‘Ekonomi Parah?’ Dalam Diskusi N49 Malam Ini

SHAH ALAM, 30 Julai – Diskusi N49 malam ini akan mebawakan tajuk ‘Ekonomi Parah?’ dengan panel jemputan Ahli Majlis Tertinggi, Dato Seri Mustapha Mohamed dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail dan Helmi Hanafi sebagai moderator, bagi mengupas persoalan berhubung ekonomi negara terkini.

Diskusi N49 ini akan bersiaran secara langsung pada pukul 9.00 malam dengan boleh diikuti menerusi laman facebook MediaUMNO.

Progam yang disiarkan secara langsung itu diadakan bersempena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis untuk memberikan input dan maklumat kepada penduduk Sungai Kandis khususnya tentang isu-isu yang berlaku dalam negara semenjak diperintah kerajaan Pakatan Harapan.

Program Diskusi N49 ini diadakan pada setiap malam bermula tempoh berkempen di PRK Sungai Kandis sehinggalah ke hari terakhir sebelum pengundian dijalankan pada 4 Ogos ini.

Marilah bersama-sama mengikuti diskusi tersebut bagi mengetahui kupasan dan hujahan yang akan dilontarkan oleh para panelis di samping moderatornya, Helmi Hanafi. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.