SPR Minta Calon BN Turunkan ‘Kain Rentang’ Atas Alasan Tidak Selesa

KLANG, 30 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam memberitahu mendapat perintah daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menurunkan kain rentang yang digantung walaupun tidak berunsurkan fitnah atau provokasi.

“Apa yang kita tulis (pada kain rentang) itu cukup sopan, tak ada unsur untuk undang ketegangan kaum, tak ada sebarang unsur fitnah atau provokasi. Alasan diminta turunkan kerana buat mereka tak selesa.

“Kenapa mereka (PH) dulu boleh tulis ‘undi PH jika mahu GST dihapuskan, sekarang kita guna perkataan hampir sama, mereka kata tak selesa pula?

“Dulu kita tak ada turunkan satu pun poster mereka jadi kenapa mereka kali ini takut sedangkan kita cuma tulis ‘kalau mahu Lokman tuntut tol dihapuskan, undilah BN’, kerana kalau saya dipilih sudah pasti saya akan menuntut supaya tol yang dijanji nak dihapuskan dibuat, kalau saya tak menang pun saya tetap akan tuntut juga jadi tak ada sebab kenapa mereka nak rasa bimbang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyertai Program Ziarah Kasih anjuran Pergerakan Wanita UMNO di Jalan Kebun hari ini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.