Setiausaha Agung UMNO Umum Perubahan Dan Penstrukturan Semula Parti

KUALA LUMPUR, 30 Julai –Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan beberapa perubahan dan penstrukturan semula UMNO Malaysia yang melibatkan penubuhan majlis jemaah penasihat dan sekretariat UMNO.

Menurut Annuar, apabila UMNO kini sudah menjadi pembangkang, pimpinan tertinggi UMNO merasakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO perlu memikul tanggungjawab menerusi penubuhan majlis dan sekretariat yang telah diputuskan oleh pimpinan tertinggi UMNO.

“Sewaktu kita sebagai kerajaan, MT UMNO lebih tertumpu kepada soal-soal dasar. Apabila kita sekarang ini bertindak sebagai pembangkang, kita merasakan ahli-ahli MT perlu memikul tanggungjawab yang lebih, terutamanya dengan memberikan tumpuan kepada aspek-aspek tertentu dalam dalam pengurusan parti.

“Dengan itu, semua ahli MT perlu mempunyai potfolio yang khusus di mana mereka dikehendaki memberikan perhatian menerusi penubuhan pelbagai majlis penasihat dan sekretariat. Dengan itu mereka dikehendaki tidak hanya melihat kepada dasar-dasar parti tetapi juga melihat kepada prestasi kerajaan baru hari ini secara keseluruhannya.

“Dalam kata lain, ahli-ahli MT diharap akan bertindak ataupun berperanan sebagai suatu majlis kerja dan bukan hanya sebagai pembuat dasar. Maknanya ada penambahan peranan yang diharapkan dapat dimainkan oleh MT.

“Sehubungan dengan itu, pimpinan tertinggi UMNO juga telah mengambil ketetapan untuk menukar nama Ahli MT kepada Ahli  Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Maka untuk itu kita perlu membuat pindaan terhadap perlembagaan parti kerana perlembagaan parti masih lagi menggunapakai nama MT,” jelasnya.

Beliau berkata demikian di dalam satu sidang akhbar kepada pemberita di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Selaras dengan keputusan tersebut kata Annuar lagi, sepertimana yang telah diumumkan oleh presiden tentang penubuhan empat jenis jawatankuasa, iaitu daripada jemaah penasihat, majlis-majlis, jawatankuasa dan sekretariat.

“Jemaah penasihat adalah satu Majlis Penasihat parti yang akan memberikan khidmat nasihat kepada parti yang dipengerusikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Kedua, adalah penubuhan majlis-majlis yang dipimpin oleh pemimpin kanan parti, tetapi akan melibatkan pakar-pakar termasuk yang bukan ahli parti di mana penubuhan majlis ini bersasarkan kepada usaha untuk memperkasakan perkara tiga dalam perlembagaan parti.

“Penubuhan majlis-majlis ini adalah satu usaha secara langsung untuk mempastikan asas dan dasar kenapa UMNO itu ditubuhkan, perlu di perkasakan. Ini sekali lagi mengambil kira peranan UMNO sebagai pembangkang dalam situasi politik terkini negara.

“Apa yang penting adalah untuk kita kembali kepada penghayatan dasar, falsafah, roh dan semangat perjuangan parti itu sendiri. Bagi membolehkan ini dilakukan, maka penubuhan majlis-majlis sangatlah berturutan dan berdasarkan perkara 3 di dalam perlembagaan UMNO iaitu asas penubuhan parti,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

 

Berikut adalah Struktur Organisasi UMNO 2018:

JEMAAH PENASIHAT DAN MAJLIS

1. Jemaah Penasihat UMNO
YBM Tengku Razaleigh Hamzah

2. Majlis Hal Ehwal Syiar Islam
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

3. Majlis Hal Ehwal Hak Asasi dan Kepentingan Melayu/Bumiputera
Datuk Seri Haji Mohamad Hasan

4. Majlis Hal Ehwal Kedaulatan Raja-Raja
Dato’ Sri Mahdzir Khalid

5. Majlis Hal Ehwal Perlembagan dan Perundangan
Dato’ Sri Ismail Sabri

6. Majlis Dasar Awam (Public Policy)
Dato’ Seri Haji Khaled Nordin

7. Majlis Hal Ehwal Bahasa dan Kebudayaan
Tan Sri Datuk Seri Haji Annuar Musa

8. Majlis Hal Ehwal Komunikasi dan Media
Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah

9. Majlis Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan
Datuk Seri Haji Johari Ghani

JAWATANKUASA

1. Politik
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

2. Pengurusan
Datuk Seri Haji Mohamad Hasan

3. Perkaderan
Dato’ Sri Ismail Sabri

4. Keahlian
Dato’ Sri Mahdzir Khalid

5. Perlembagaan dan Peraturan
Dato’ Seri Haji Khaled Nordin

6. Disiplin
Tan Sri Datuk Seri Haji Annuar Musa

7. Kewangan, Aset dan Pelaburan
Dato’ Sri Tengku Adnan Tengku Mansor

8. Komunikasi dan Media
Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah


SEKRETARIAT UMNO

1. Kemajuan Ekonomi, Pendidikan dan Sosial
Fungsi:
Merancang dan melaksana aktiviti Ekonomi dan Sosial
Mengenal pasti isu-isu Pendidikan, Ekonomi dan Sosial

Pengerusi:
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
YB Dato’ Sri Hj. Mohd Sharkar bin Hj. Shamsudin
Dato’ Haji Jalaluddin bin Alias

2. Kemajuan Pertanian dan Luar Bandar
Fungsi:
Mengadakan hubungan dengan agensi pertanian
Mengenal pasti isu-isu luar bandar

Pengerusi:
Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub
YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

3. Perkaderan Generasi Muda dan Pembangunan Modal Insan
Fungsi:
Pembangunan Modal Insan
Mendampingi golongan mahasiwa dan belia

Pengerusi:
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Dato’ Zahida binti Zarikh Khan
Shahril Suffian bin Hamdan
Nurul Amal binti Mohd Fauzi

4. Aduan dan Partisipasi Rakyat
Fungsi:
Mengendalikan isu-isu dan aduan rakyat
Menggalakkan partisipasi rakyat dalam aktiviti parti

Pengerusi:
Datuk Md Alwi Che Ahmad
Khaidhirah Abu Zahar
YB Datuk Abdul Rahman bin Mohamad
YB Datuk Suraya binti Yaacob

5. Governan, Dasar dan Perkhidmatan Awam
Fungsi:
Melaksanakan program Pembangunan Insan
Mengkaji, menilai , mengesyorkan penambahbaikan dan Solusi kepada Dasar serta Perkhidmatan Awam

Pengerusi:
Dato Seri Pandikar Amin Mulia
YB Dato’ Sri Azalina binti Othman
YB Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman

6. Kebajikan, Pembelaan Kaum Minoriti dan Masyarakat Terpinggir
Fungsi:
Mengenal pasti golongan terpinggir dan membantu mereka.
Mendampingi golongan minoriti

Pengerusi:
YB Datuk Seri Abdul Azeez bin Abdul Rahim
YB Dato’ Sri Bung Moktar bin Haji Radin
Dato’ Dr. Fathulbari bin Mat Jahya

7. Pembelaan Warga Kota
Fungsi:
Mengenalpasti isu dan permasalahan warga kota.
Menjadi pembela kepada warga kota.

Pengerusi:
Dato’ Azian bin Osman
YB Tan Sri Noh bin Hj Omar
Dato’ Armand Azha bin Abu Hanifah

8. Perhubungan Strategik dan Antarabangsa
Fungsi:
Mengadakan hubungan dengan organisasi luar.
Berhubung dengan parti-parti dari Luar negara

Pengerusi:
Datuk Seri Abd Rahman bin Dahlan
YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican
YB Dato’ Sri Anifah bin Aman

9. Suara Rakyat dan Pemantauan Prestasi Kerajaan
Fungsi:
Membela dan mengenengahkan isu rakyat
Memantau prestasi perkhidmatan awam

Pengerusi:
Datuk Lokman Noor Adam
Dato’ Seri Razali bin Ibrahim
YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

10. Kemajuan Industri, Teknologi, Perniagaan dan Perdagangan
Fungsi:
Mengenalpasti peluang yang ada dalam Industri , teknologi dan perniagaan
Mewujudkan peluang kepada pemain industri dan peniaga bumiputera.

Pengerusi:
Dato’ Seri Dr Salleh bin Said Keruak
Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin
YB Dato’ Mohd Khusairi bin Abdul Talib

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.