‘LIVE’ Diskusi N49 : ‘Kenapa Berjanji?’ Bakal Serlah Kepincangan Malaysia Baru


SHAH ALAM, 29 Julai – Diskusi N49 malam ini akan membawakan topik yang amat sinonim dengan kegusaran rakyat khususnya berkaitan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal menunaikan manifesto mereka dalam tempoh 100 hari pentadbiran lantas menimbulkan persoalan, ‘Kenapa Berjanji’

‘Kenapa Berjanji’ menjadi topik dalam perbincangan malam ini dengan panel jemputan ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Sharkar Shamsudin dan Datuk Suraya Yaacob dengan Datuk Mohd Irwan Rizal sebagai moderator.

Diskusi N49 yang diadakan secara tetap setiap malam sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis boleh diikuti secara langsung menerusi facebook MediaUMNO.

Hari pengundian PRK DUN Sungai Kandis telah ditetapkan pada 4 Ogos ini dengan tempoh 14 hari berkempen. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.