Laungan ‘Bangkit’ Iringi Calon BN Gempur DUN Sg Kandis

SHAH ALAM, 21 Julai – Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan proses penamaan calon hari ini.

BN menampilkan calonnya Datuk Lokman Noor Adam yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO merangkap Presiden Pemantau Malaysia Baru 2018 untuk menentang calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Lokman yang bukan asing dalam arena politik diiringi laungan ‘bangkit’ ketika menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), hari ini.

Seramai 51,217 pengundi berdaftar dijangka keluar mengundi pada PRK berkenaan yang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen bagi PRK DUN Sungai Kandis selama 21 hari dan hari mengundi, pada 4 Ogos depan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.