Wanita UMNO Akan Bawa Program Bicara Hasanah Turun Ke Negeri-negeri

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Pergerakan Wanita UMNO akan turun padang ke negeri-negeri dengan membawa Program Bicara Hasanah sebagai pendekatan dalam aktiviti kerohanian untuk mengeratkan silaturrahim.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, program berbentuk ilmu ini akan dibuat bagi merapatkan hubungan bukan sahaja dalam kalangan anggota Pergerakan Wanita UMNO tetapi juga dengan orang ramai.

“Ini adalah pertama kali program ini dilakukan yang membabitkan peserta dari ahli jawatankuasa Wanita di Wilayah Persekutuan dan Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian program tersebut yang menampilkan penceramah Datuk Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn hari ini.

Antara pengisian dalam ceramahnya, Ustaz Kazim mengupas berkaitan ‘Hasanah’ dengan kehidupan seharian khususnya amalan sedekah, doa dan memaafkan sesama insan. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.