Berkata Benarlah… Kerana Rakyat Mahukan Kerajaan Yang Berkata Benar – Zahid
KUALA LUMPUR, 19 Julai – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus berkata benar kerana rakyat mahu sebuah kerajaan yang bercakap benar dan bukannya memusing-musingkan fakta.
Jelas beliau, Kerajaan terdahulu dibawah pimpinan BN telah menunaikan 99.6 peratus dalam akujanji yang dibuat kerana sesuatu akujanji itu adalah merupakan satu perjanjian antara kerajaan dengan rakyat.
“Apabila kerajaan baru tidak dapat menterjemahkan perjanjian yang dibuat ianya harus diakui bahawa ia hanya janji sahaja.
“Isu kenaikan kos sara hidup, dulu BN dilemparkan dengan label ‘Barang Naik’ tetapi di bawah pentadbiran kerajaan baru ini tidak ada barang yang turun malah terdapat dua kenyataan dari dua orang menteri yang mengatakan barang pengguna turun hingga 70 peratus keseluruhannya.
“Rakyat tidak seharusnya dikaburi dan ditutup telinga dari terus untuk mendengar hakikat sebenar,” ujar beliau dalam satu sidang media di perkarangan Parlimen.
Tambah Zahid, blok pembangkang mahupun kerajaan seharusnya berlapang dada kerana apa yang penting adalah rakyat dan isu rakyat harus diutamakan dan bukan dengan mengkaburi rakyat dengan fakta-fakta kemunafikan untuk mengelak bagi menyeliputi kelemahan mereka. – MediaUMNO