Ucapan Ketua Pembangkang Diganggu, Sidang Dewan Ditangguh

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat diganggu oleh ahli-ahli Parlimen Kerajaan Pakatan Harapan walaupun tidak diberi masa mencelah termasuklah oleh Speaker, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Dalam ucapan menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong hari ini, berkali-kali terhenti apabila ada gangguan dari anggota parlimen kerajaan.

Antara yang dilontarkan secara lantang tanpa menunggu diberikan laluan dan kebenaran oleh Speaker adalah berkaitan isu ekonomi dan 1MDB.

Walaupun Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sesi mencelah menjelaskan bahawa isu 1MDB masih dalam siasatan namun ia terus dibangkitkan tanpa mengikut peraturan persidangan.

“Isu 1MDB masih dalam siasatan dan tidak ada sesiapa yang dihadapkan ke mahkamah sehingga ke hari ini. Tidak ada sesiapa yang boleh dikatakan bersalah selagi tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah sebagaimana misalnya Ahli Parlimen Bagan telah pun dihadapkan di mahkamah tetapi selagi mahkamah belum menjatuhkan
hukuman maka tidak bersalah,” katanya.

Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang ke esok hari. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.