Tindakan Biadap Ahli Parlimen Kerajaan Tidak Akur Keputusan Speaker Dewan Memalukan

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah menyifatkan tindakan pihak kerajaan adalah memalukan apabila mereka membantah keputusan speaker yang dilantik mereka sendiri.

Ini kerana menurut beliau, tindakan ahli parlimen Bukit Gelugor yang seolah-olah tidak akur dengan keputusan yang dibuat oleh speaker dewan.

“Kenapa ahli parlimen Kinabatangan, ahli parlimen pembangkang boleh akur dengan keputusan speaker dewan dalam peraturan mesyuarat perkara 36 (4).

“Saya mengharapkan agar ahli parlimen kerajaan mesti mempunyai mentaliti kerajaan dan bukannya masih mengekalkan mentaliti pembangkang.

“Mereka mesti akur bahawasanya speaker tersebut adalah hasil daripada undian mereka sendiri.

“Jadi tindakan ahli parlimen kerajaan ini saya anggap sebagai satu memalukan yang berlaku dalam sidang dewan rakyat hari ini”, katanya selepas ditemui di Lobi Parlimen hari ini.

Manakala menurut ahli parlimen Ayer Hitam, Datuk Wee Ka Siong mengucapkan tahniah kepada speaker Dewan, Datuk Seri kerana bersikap adil dalam isu ini.

“Hampir sejam dewan berbahas tentang hal ini dan selesai apabila speaker dewan masuk dan membuat keputusan bahawa kedua-dua ahli parlimen perlu menarik balik kenyataan mereka.

“Dan saya lihat, YB Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar menarik balik kenyataannya itu, tetapi ahli parlimen Bukit Gelugor enggan berbuat demikian membuatkan speaker tidak mempunyai pilihan selain terpaksa mengarahkan bentara mengusir beliau keluar dewan,” ujarnya.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh hari ini diarahkan keluar Dewan Rakyat dan digantung, kerana mengingkari arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Mohamad Ariff membuat keputusan itu mengikut Peraturan Mesyuarat 44(2) setelah persidangan dewan bersambung pada sebelah petang kerana Ramkarpal enggan menarik balik perkataan ‘gangster’ yang dilemparkan kepada Pemuda UMNO semasa mencelah Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang membahaskan titah ucapan Yang di-Petuan Agong hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad Ariff tidak menyatakan tempoh penggantungan Ramkarpal.

“Saya beri amaran pertama, (sila) tarik balik. Kita ingin meneruskan dengan ucapan (perbahasan) Sungai Petani.

“Anda Hormat. Ini adalah perjalanan mesyuarat hari ini. Tarik balik…..Bentara, sila jalankan tugas,” kata Mohamad Ariff merujuk kepada perintah membawa keluar Ramkarpal. –MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.