Sidang Parlimen Kecoh, Speaker Gagal Kawal Persidangan

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Sidang Parlimen yang memulakan perbahasan hari ini berlangsung dalam suasana kecoh akibat kegagalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengawal persidangan.

Sesi pertanyaan bagi jawab lisan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat. Yang berlangsung pagi tadi berlaku kekecohan apabila timbul provokasi terhadap Ahli Parlimen pembangkang.

Dalam persidangan tersebut, Ahli Parlimen Bukit Gelugor telah menyebut Pemuda UMNO gangster yang menimbulkan pertikaian dengan memintanya untuk menarik kembali perkataan terbabit.

Ahli Parlimen Kuala Kurau, Datuk Ismail Mohamed Said yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat mengajukan peraturan persidangan sehinggakan menimbulkan pertikaian dalam kalangan barisan anggota Parlimen.

“Adakah perkataan-perkataan biadap dibenarkan di dalam persidangan?” soal Ismail.

Turut bangun menyatakan bantahan dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang ialah Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah; Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin; Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim; Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Sebelum itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengemukakan soalan lisan telah mengajak anggota Dewan Rakyat untuk bertafakur seketika bagi mengingati anggota MH17 yang terkorban. – MediaUMNO