Prinsip Kedaulatan Undang-undang Perlu Terus Ditegakkan, Bukan Politik Balas Dendam – Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa konsep ‘The Rule of Law’, atau Prinsip Kedaulatan Undang-Undang itu mesti terus dipertahankan.

Katanya, biarpun kerajaan telah bertukar namun kerajaan yang ada hari ini bertanggungjawab menegakkan ‘The Rule of Law’ dan bukannya untuk membalas dendam terhadap kerajaan terdahulu.

“Kami menyeru semua pihak terus memelihara aspek kedaulatan undang-undang ini dan tidak menggunakan taktik ancaman atau intimidasi bagi menakut-nakutkan rakyat.”

Beliau berkata demikian ketika mempersembahkan Ucapan Menjunjung Kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas ini hari ini.

“Kami bertekad dan berjanji akan menjadi pembangkang yang konstruktif dan dinamik, tidak seperti pembangkang terdahulu, bagi memastikan prinsip ‘check and balance’ dengan izin, dapat disempurnakan demi kebaikan dan kepentingan rakyat.

“BN dan PAS akan menjadi pembangkang sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan negara kita.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mewakili pembangkang buat pertama kali selepas kerajaan bertukar pentadbiran selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH). – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.