Berita Khairy Dan Anifah Dibuang Dari UMNO Adalah Berita Palsu


KUALA LUMPUR, 18 Julai – UMNO menafikan laporan yang mendakwa Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman dibuang dari parti.

Berita palsu tersebut tersebar dengan penularan gambar yang kononnya dikeluarkan oleh UMNO-Online mendakwa dua wakil rakyat ini dibuang dari parti.

Sehingga hari ini, Khairy dan Anifah kekal sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) malah berada dalam blok pembangkang bersama-sama anggota BN yang lain dalam persidangan di Parlimen.

Semalam Khairy sendiri semalam telah menegaskan bahawa beliau kekal setia dalam UMNO.

Berita tersebut tular lantaran tindakan Khairy dan Anifah yang kekal berada dalam Dewan Rakyat ketika anggota pembangkang lain dari UMNO dan PAS bertindak keluar dewan berikutan tidak bersetuju dengan cara pelantikan Speaker Dewan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.