Penangan Cukai SST 16 Peratus : Pengguna Miskin Bakal Terbeban Teruk

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Harga naik!!…. Pelaksanaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus mulai 1 September ini bakal membebankan rakyat miskin untuk beli pelbagai produk pengguna.

Lebih teruk, berbanding cukai baranga dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan Barisan Nasional (BN) pada 2015 dengan lebih 300 produk berkadar sifar, sebaliknya SST merangkumi semua barangan termasuk keperluan harian.

Ini bakal menyaksikan barangan basah dapur seperti ikan dan sayur yang lazim disebut sebagai makanan orang miskin selain lampin pakain buang dan susu bayi akan naik harganya lebih dahsyat berbanding pelaksanaan GST.

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd. Aziz Abu Bakar berkata, kenaikan harga akan berlaku apabila terjadinya cukai berganda apabila margin keuntungan yang akan dikenakan kepada saluran perniagaan seperti pemborong dan peruncit adalah pada nilai harga selepas dikenakan cukai jualan 10 peratus.

“Katakanlah harga sesuatu barang itu RM10. Pengilang akan jual kepada pihak pemborong dengan nilai RM11 disebabkan cukai 10 peratus yang terpaksa ditanggung pengilang. Kemudian pemborong itu pula yang akan meningkatkan harga jualan kepada peruncit (bermula RM11) sehinggalah pengguna yang akhirnya terbeban.

“Itulah situasi cukai berganda yang dimaksudkan dan sekali gus harga barang memang akan meningkat naik. Itulah kelemahan SST,” kata Abd. Aziz ketika dihubungi oleh sebuah akhbar tempatan hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan SST yang akan dibentangkan di Parlimen pada bulan depan mencadangkan 10 peratus bagi cukai jualan dan enam peratus bagi cukai perkhidmatan.

SST yang dimulakan semula pada September ini dijangka menghasilkan pendapatan kepada negara bagi 2018 hanya RM4 bilion dan hasil itu digunakan untuk tutup sebahagian kerugian kerajaan sebanyak RM21 bilion selepas GST dimansuh bermula 1 Jun lalu.

Tambah Abd. Aziz, tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membendung kos sara hidup dengan menghapuskan GST sebenarnya adalah satu tindakan salah.

“Dalam keadaan tiga bulan ini (setelah pemansuhan GST) harga barang tidak turun melainkan sesetengah sahaja. Dan bila nak perkenalkan SST semula, harga memang akan berlaku peningkatan.

“Peniaga akan ambil kesempatan dan yang untungnya hanyalah peniaga. Akhirnya yang terbeban adalah pengguna. Dalam hal ini pengguna harus membuat penilaian dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Tegas beliau, kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad harus bertanggungjawab kepada setiap masalah yang berlaku khususnya berkaitan soal peningkatan harga barang di pasaran gagal dikawal lebih sebulan lalu.

Ditanya mengenai kemampuan SST dalam membendung isu manipulasi harga, beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan PH meninggalkan mekanisma lama dan perlu mempunyai mekanisma baharu serta efisyen.

“Macam mana kerajaan baharu mahu elak ketirisan dan cukai berganda yang berlaku sekiranya tiada mekanisma baharu. Kalau hendak tolong rakyat dan pengguna marhaen, memang perlu ada mekanisma baharu.

“Sebab itu MATA dari dulu sokong GST. Tetapi kerajaan kini tetap mahu melaksanakan SST dan kami bersetuju dengan syarat iaitu perlu ada mekanisma baharu. Namun, setakat ini masih belum ada apa-apa mekanisma baharu daripada kerajaan,” tambah beliau. – Agensi/Mynewshub.TV

 

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.