Najib Turun Harga Minyak Akan Turun Ternyata Hanya Satu Mitos

Azlina Rosdy

KEPALA BATAS, 13 Julai – Pemerhati Politik Azizi Safar berkata, kenyataan pembangkang semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bahawa harga minyak petrol akan turun sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak djatuhkan kini terbukti hanyalah satu mitos dan urban legend.

Jelas beliau, sehingga kini kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan masih lagi menggunapakai harga semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan lebih ‘menyentuh hati’ adalah RON 97 dinaikkan 1 sen seliter.

“Kini harga pasaran minyak naik.. kerajaan pula terpaksa mengekalkan harga RON95 yang menyebabkan kerajaan berbelanja besar untuk sediakan subsidi.

“Subsidi besar untuk RON95 dan disel yang perlu dan sedang ditanggung oleh Kerajaan Malaysia baharu ini bukanlah subsidi bersasar sebagaimana yang dijanjikan Pakatan Harapan dalam manifesto mereka pada kempen PRU-14 lalu.

“Kerajaan terus melaksanakan subsidi pukal. Oleh itu semua orang dapat nikmati subsidi termasuk bukan warganegara Malaysia. Jadi, di mana mekanisme Pakatan Harapan untuk menunaikan janji menurunkan harga minyak,” jelas beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Azizi, apa yang pasti, sehingga kini harga RON95 masih serupa dengan harga semasa Najib Razak masih Perdana Menteri. Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia baharu juga gagal untuk menurunkan harga pasaran petrol dan disel.

“Najib Razak sudah diturunkan tapi harga RON95 masih kekal sama seperti harga Najib Razak. Maka, inilah antara mitos janji Pakatan Harapan yang berjaya menipu rakyat.

“Mereka hanya berjaya mengekalkan harga lama dengan berbelanja besar untuk subsidi dan pada masa yang sama Kerajaan memberhentikan saraan hidup bulanan nelayan dan peneroka Felda, serta mengurangkan pemberian subsidi kepada petani.

“Bukan itu sahaja, malah jumlah penerima BR1M juga dikurangkan. Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam dibatalkan dan bonus Raya untuk mereka juga dikurangkan. Tahniah rakyat Malaysia kerana memilih Kerajaan Malaysia Baharu. Ternyata, kerajaan pimpinan BN jauh lebih baik dari,” sindir Azizi. – MediaUMNO

Komen Anda?


4 months ago