Proses Bina Keluarga Malaysia Bersatu Padu, Miliki Identiti Nasional Perlu Dipertahan

MELAKA, 17 Sept – Proses membina Keluarga Malaysia yang bersatu padu dan memiliki satu identiti nasional perlu terus dipertahan demi menjamin kelangsungan kedaulatan negara bangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ini kerana semakin bertambah usia negara, cabaran dan ancaman dihadapi semakin besar serta bertambah kompleks dengan musuh yang cuba memecah-belah hadir dalam bentuk ekonomi, politik […]

» Read more

Bayaran Fasa 3, Rayuan BKM Bermula Selasa Ini – PM

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Pembayaran Fasa 3 dan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai Selasa ini secara berperingkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan, bujang […]

» Read more

Sertai UMNO Untuk Platform Perjuangan, Khidmat Terbaik Kepada Rakyat – Jamal

KOTA KINABALU, 14 Sept – Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi menegaskan bahawa sokongan kepada UMNO semakin bertambah dari hari ke hari berdasarkan kepada permintaan untuk menyertai keahlian parti agar dapat bersama-sama dalam perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air selain khidmat kepada rakyat. Katanya, pelaksanaan persidangan di akar umbi melalui mesyuarat UMNO Cawangan menjadi kesempatan terbaik kepada anggota […]

» Read more

Sebanyak 97,635 Permohonan Perantisiswa Fasa 1 Diluluskan

KOTA KINABALU, 13 Sept – Sebanyak 97,635 permohonan mendapatkan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 1 sudah diluluskan setakat ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 21,633 permohonan diterima di Sabah dan 3,748 telah diluluskan serta dalam proses untuk serahan peranti. “Permohonan untuk mendapatkan PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah dibuka sejak April lepas dan […]

» Read more

Wanita BN Melaka Yakin Menang PRU15, Kembalikan Kestabilan Negara

AYER KEROH, 12 Sept – Barisan Nasional (BN) mempunyai keyakinan tinggi untuk menang, seterusnya mengembalikan semula kestabilan negara menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15 akan datang. Ketua Wanita BN Melaka, Datuk Latipah Omar berkata ini berdasarkan kesiapsiagaan parti dan anggota jentera sebagaimana Wanita BN Melaka yang berada pada tahap cukup baik termasuk hasil dari Pilihan Raya Negeri (PRN). “Saya […]

» Read more

Perkukuh Cawangan UMNO, Tekad Akar Umbi Tolak Fitnah Burukkan Parti Depani PRU15

PUTRAJAYA, 12 Sept – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa mesyuarat UMNO peringkat Cawangan yang sedang berlangsung sekarang ini adalah ruang terbaik untuk memperkukuh akar umbi dalam menjayakan hasrat parti mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Katanya, anggota UMNO di peringkat akar umbi adalah jentera terbaik parti yang sentiasa menjadi aspirasi kepada kesinambungan perjuangan agama, bangsa […]

» Read more

Tarikh PRU15: Belum Bincang Dengan ‘Top Five’ UMNO – PM 

BERA, 11 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata beliau belum berbincang dengan ‘Top Five’ UMNO berhubung tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). ‘Top Five’ UMNO merujuk kepada Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid […]

» Read more

KPLB Mahu Usahawan Luar Bandar Kuasai Kemahiran Digital

TASEK GELUGOR, 11 Sept – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyarankan usahawan luar bandar agar melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran digital dalam menghadapi persaingan perniagaan yang semakin kompetitif. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia berikutan dunia sentiasa mengalami perubahan dan pemacu asas ke arah perubahan adalah tranformasi digital iaitu penggunaan teknologi digital dalam urusan perkhidmatan atau perniagaan. […]

» Read more

Ismail Sabri Umum Kebaikan Elaun Sara Hidup Pelajar Tajaan MARA

BANGI, 10 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar dalam dan luar negara tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berkuat kuasa serta merta. Beliau berkata kadar baharu ESH bagi pelajar dalam negara dinaikkan minimum RM650 sehingga maksimum RM950 sebulan bagi bidang pengajian bermula daripada peringkat Diploma sehingga Doktor Falsafah dan […]

» Read more

Pusat SDG Negara Untuk Perkasa Program, Pantau Kemajuan SDG Negara – PM

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Pusat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara akan ditubuhkan bagi memperkasa dan mempergiat program serta memantau kemajuan SDG negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata penubuhan Pusat SDG Negara di bawah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Majlis SDG Negara yang beliau pengerusikan semalam. “Agenda pembangunan mampan ini memerlukan penglibatan dan […]

» Read more
1 209 210 211 212 213 415