Tingkatkan Persiapan Jentera, Wanita UMNO Sabah Sedia Gempur Untuk PRN Ke-17

KOTA KINABALU, 11 Feb – Wanita UMNO di Sabah terus memperkukuhkan jentera menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 dengan mengadakan Retreat PRN-17 Wanita UMNO Sabah. Ketua Wanita UMNO/Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Noraini Idris memaklumkan bahawa keutamaan kepada kesiapsiagaan melibatkan anggota jentera amat penting apatah lagi PRN kali ini dianggap lebih mencabar terutamanya dalam mendepani isu-isu yang berbangkit. Beliau mengakui […]

» Read more

Malaysia Mesti Terajui Transformasi Industri Halal Global – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan bahawa Malaysia mesti menerajui tranformasi industri halal global. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, dunia kini berlumba-lumba untuk menguasai pasaran halal dan Malaysia perlu bergerak lebih pantas bagi memperkukuhkan kedudukan tersebut. “Malaysia terus diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, dengan nilai industri halal […]

» Read more

Ahli Parlimen Perlu Tunjuk Tingkah Laku Baik, Contoh Untuk Generasi Akan Datang

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Veteran UMNO, Tan Sri Mohd Yusoff Latiff menggesa agar ahli-ahli Parlimen akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim supaya berhemah dalam perbahasan di Parlimen. Beliau yang juga Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) berkata, kesemua ahli Parlimen sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang perlu menunjukkan tingkah laku yang baik supaya menjadi contoh untuk […]

» Read more

Seluruh UMNO Bahagian Perlu Persiap Strategi Hadapi Cabaran 25 Bulan Mendatang – Azalina

MARAN, 6 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menyeru seluruh UMNO Bahagian termasuk Pergerakan sayap-sayap mempersiapkan strategi parti 25 bulan akan datang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Persiapan tersebut jelas beliau lagi termasuklah menguasai teknologi dan platform semua media sosial untuk berhadapan dengan gerakan kempen digital dan AI (kecerdasan pembuatan) nanti. Untuk itu, […]

» Read more

Sekolah Patriotik UMNO Bukti Keprihatinan Kepada Kepimpinan Muda – Mohamad Fadil

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin menzahirkan penghargaan pada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atas sokongan dalam merealisasikan penubuhan Sekolah Patriotik UMNO, baru-baru ini. Menurut beliau, penubuhan ini membuktikan keprihatinan pemimpin UMNO terhadap pembangunan pemimpin muda parti. “Jutaan terima […]

» Read more

Rasuah Di Sabah: Bung Moktar Kesal Cubaan Pihak Tertentu Fitnah ADUN UMNO

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kesal dengan cubaan pihak tertentu yang cuba untuk memfitnah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dalam isu rasuah di negeri tersebut. Ujarnya, tindakan tersebut adalah tidak bermoral dan ia dilakukan untuk menyelamatkan kedudukan mereka. “Saya amat kesal apabila membaca satu artikel yang mendedahkan cubaan pihak tertentu untuk […]

» Read more

Ahli Parlimen Jelebu Akan Terus Bawa Aspirasi Rakyat Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias melihat pemikiran dan hasrat baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan pembukaan sidang Parlimen semalam jelas bahawa ianya sebagai sebuah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat di mana undang-undang digubal serta medan semak dan imbang pentadbiran negara. Justeru, katanya selaku anggota Dewan Rakyat yang telah mendapat mandat dari […]

» Read more

BBC Terus Proaktif Perkukuh Kualiti Perbincangan, Keterlibatan Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Kelab Penyokong Kerajaan Madani (BBC) menjunjung penuh titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar ahli Parlimen mengelak daripada mempolitikkan setiap isu demi kepentingan parti. Menerusi kenyataan diberikan BBC berpandangan sebagai wakil rakyat, tanggungjawab utama mereka adalah memastikan perbahasan di Parlimen kekal konstruktif, berasaskan data serta tertumpu kepada kemajuan negara, bukan naratif politik yang memecahbelahkan. […]

» Read more

Ahmad Zahid Junjung Kasih Titah Agong, Tekankan Keamanan Dan Kestabilan Negara

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara di sini hari ini. “Seperti yang dititahkan oleh Baginda Tuanku, adalah penting untuk semua memperkukuh keamanan dan menjaga kestabilan negara dengan memastikan […]

» Read more

UMNO Bahagian Beaufort Perkukuh Jentera Hadapi PRN Sabah Ke-17

BEAUFORT, 3 Feb – UMNO Bahagian Beaufort kini giat memperkukuhkan kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang dijangka berlangsung tahun ini. Ketuanya, Datuk Awang Aslee Lakat, berkata persediaan ini penting bagi memastikan kekuatan jentera parti terus mantap dan relevan dalam mendepani cabaran politik semasa. Ujarnya, ini termasuklah memanfaatkan teknologi maklumat (IT) terkini serta mempererat hubungan dengan […]

» Read more
1 118 119 120 121 122 414