Harga Tiket Penerbangan Dijangka Kembali Normal Menjelang November

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Harga tiket penerbangan dijangka akan kembali normal kepada harga purata pada tahun 2019 menjelang November ini, selepas syarikat penerbangan kembali menyediakan perkhidmatan penerbangan dengan kapasiti sebenar, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, berdasarkan analisa yang dilaksanakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), perkara itu bagaimanapun bergantung kepada situasi pandemik […]

» Read more

Sertai UMNO Kalabakan

KALABAKAN, 19 Julai – Lebih 40 orang pejuang Parti Warisan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO Kalabakan, hari ini. Pengumuman keluar parti yang diketuai oleh Burhanuddin Labatta @ Din Tasak adalah atas ketidak yakinan mereka kepada kepimpinan Warisan Sabah yang ada sekarang

» Read more

Muhyiddin Nafi Tawar Jawatan TPM Kepada Shafie Apdal

KUALA LUMPUR, 17 Julai -Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal seperti didakwa dalam satu laporan portal baru-baru ini. Perdana Menteri, dalam kenyataan hari ini, berkata dakwaan Mohd Shafie itu tidak benar dan adalah sebagai andaian Ketua Menteri Sabah itu semata-mata. “Saya ingin menegaskan bahawa […]

» Read more

PSS: Bekas Timb Menteri KDN PH Putar-belit Fakta Di Dewan Rakyat

KOTA KINABALU, 17 Julai – Ketua UMNO Sabah Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Moslimin mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang telah membidas bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri kerajaan Pakatan Harapan (PH), Datuk Mohd Aziz Jamman yang cuba memutar-belikan fakta berkenaan cadangan PH sebelum ini mewujudkan Pas Sementara Sabah (PSS). Katanya, walaupun pengwujudan PSS itu telahpun ditarik-balik oleh […]

» Read more

Ribut Dalam Cawan, Sidang Dewan Lancar Selepas Kecoh Hari Pertama

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Hari pertama yang penuh drama – daripada usul pengosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat, pelantikan baharu jawatan itu dan Timbalan Yang Dipertua sehinggalah kepada isu remeh ‘gelap’ dan ‘bedak’ – menghangatkan persidangan Dewan Rakyat. Kehangatan hari pertama itu boleh diibaratkan sebagai ‘ribut dalam cawan’ apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin memperoleh […]

» Read more

Allahyarham Mohd Khusairi Pemimpin Yang Ambil Berat Kepentingan Semua – Zahid

BENTONG, 16 Julai – Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, yang meninggal dunia petang tadi, merupakan seorang pemimpin yang mengambil berat terhadap kepentingan semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Allahyarham bukan hanya tokoh peringkat Tanjung Malim sahaja tetapi juga Malaysia, dan pemergian beliau merupakan […]

» Read more

Kematian Adun Slim Kehilangan Besar Kepada UMNO, BN Dan Rakyat Tanjung Malim

IPOH, 16 Julai – Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, yang meninggal dunia di Bentong, Pahang petang tadi merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi juga kepada rakyat di Tanjung Malim. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad berkata Allahyarham Mohd Khusairi semasa hayatnya banyak berjasa kepada […]

» Read more

Pemuda BN Tubuh ‘Task Force’ Tumpu Permasalahan Ekonomi Anak Muda Pasca COVID-19

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menubuhkan ‘task force’ dalam usaha untuk merungkai permasalahan ekonomi yang membelenggu golongan muda di negara ini pasca COVID-19 sebagai jalan membantu golongan berkenaan. Pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pasukan tersebut seterusnya akan turut memberikan cadangan kepada kerajaan terutama untuk dimasukkan serta dipertimbangkan dalam bajet 2021 nanti dan dalam […]

» Read more

PdP Dalam Talian: KPT Rundingi SKMM Isu Capaian Internet Luar Bandar

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Kerajaan meneruskan rundingan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mencari penyelesaian terhadap masalah capaian internet di luar bandar termasuk bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian di Sabah dan Sarawak. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, kerajaan menyedari beberapa cabaran dalam melaksanakan PdP secara dalam talian antaranya seperti akses internet […]

» Read more

Pemandu Mabuk: K’jaan Usul Pinda Had Kandungan Alkohol Dalam Darah

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Kerajaan akan mengusulkan had kandungan alkohol dalam darah, air kencing dan nafas yang dibenarkan menurut Akta Pengangkutan Jalan bagi pemanduan di bawah alkohol diturunkan selaras dengan piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata had baharu yang akan dicadangkan ialah 22 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas; 50 miligram alkohol […]

» Read more
1 356 357 358 359 360 430