PRK Batu Sapi Pada 5 Dis

PUTRAJAYA, 13 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Batu Sapi pada 5 Disember. Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan urusan PRK Batu Sapi dalam sidang media di Menara SPR di sini hari ini, berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 23 Nov manakala hari pengundian awal pada 1 Dis. […]

» Read more

MB, Exco Pahang Selesai Jalani Kuarantin, Negatif COVID-19

KUANTAN, 12 Okt – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) disahkan negatif COVID-19 selepas tamat menjalani tempoh kuarantin kendiri selama dua minggu. Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Pahang hari ini, kuarantin kendiri yang bermula pada 28 Sept lalu merupakan langkah berjaga-jaga selepas beberapa Exco negeri itu berkunjung ke Sabah […]

» Read more

Jangan Berpolitik Sepanjang Masa, Yang Penting Bela Rakyat – Andy

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy mengharapkan pimpinan politik di Sabah bersatu hati untuk bekerja sebagai satu pasukan dalam usaha membangunkan negeri. Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu itu, walaupun Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sudah berlalu namun kerajaan negeri harus membangunkan ekonomi negeri yang terjejas akibat pandemik COVID-19. […]

» Read more

KKM Usaha Pastikan RT Tidak Cecah 2.2 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 11 Okt -Kementerian Kesihatan (KKM) akan berusaha memastikan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) tidak mencecah 2.2 kerana kemudahan kesihatan KKM mungkin tidak mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 jika Rt mencecah paras itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata nilai Rt pada ketika ini berada pada kadar 1.3 dan ia berjaya dilandaikan daripada 2.3 ketika […]

» Read more

PKPD Dilaksana Taman Khazanah Indah Dan PPR Mutiara Kasih – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bakal berkuat kuasa di Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih, Lahad Datu, bermula 12.01 tengah malam 13 Okt hingga 26 Okt. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD ini melibatkan 5,452 penduduk di kawasan itu dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan saringan bersasar, terhadap penduduk di kawasan […]

» Read more

COVID-19 : ICU Hospital Queen Elizabeth II Masih Beroperasi Seperti Biasa

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Perkhidmatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) di Sabah masih beroperasi seperti biasa, namun jumlah pesakit dikurangkan daripada lapan kepada enam orang selepas seorang jururawat di situ dikesan positif COVID-19 pada 6 Okt lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata susulan itu, saringan menggunakan RTK Antigen dan RT-PCR […]

» Read more

Media Usah Keluar Berita Cetus Panik – Najib

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap media tidak lagi mengeluarkan berita yang mampu mencetuskan panik  berhubung penularan COVID-19 khususnya terhadap sektor kesihatan sepertimana berita mengenai Wad Unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu. Sedangkan menurut beliau Wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu […]

» Read more

“Sebagai Setiausaha Agung BN & MN, Saya Laksanakan 10 Dasar, Arahan Parti” – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata segala dasar parti yang diputuskan akan terus dilaksanakan termasuklah arahan pucuk pimpinan yang antara lain telah digariskan sebelum ini. Menurut beliau yang juga selaku Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN), selagi dasar-dasar berkenaan tidak diubah maka ianya akan terus dilaksanakan walaupun kadang-kadang menemui kesukaran. ‘’Sebagai SUA […]

» Read more

Pertikai Wakil PAS…Tindakan Dap Dibidas – Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan apakah mesej yang cuba disampaikan oleh Dap berhubung lantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Menerusi kenyataannya di facebook beliau, Asyraf seterusnya berkata apa salahnya wakil PAS dilantik sebagai ADUN lantikan Sabah dan telah terbukti parti berkenaan sebelum ini […]

» Read more
1 319 320 321 322 323 429