Isu Infrastruktur, Pengajian Tinggi Antara Dibangkitkan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Isu infrastruktur asas di kawasan luar bandar Sabah dan pendidikan melibatkan Institusi Pengajian Tinggi adalah antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam sesi soal jawab yang bakal diajukan Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran) kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar mengenai status projek infrastruktur asas luar […]

» Read more

Kelulusan Vaksin Dan Berita Gembira Penggulungan Belanjawan 2021 Jadi Harapan Rakyat – Salleh

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ketika ini rakyat menanti dengan penuh harapan agar vaksin COVID-19 berjaya ditemui dan Dewan Rakyat membawakan berita gembira mengenai penggulungan Belanjawan 2021. Ujar Pengerusi Kelab Backbenchers Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu, seperti yang beliau pernah sebutkan, kerajaan-kerajaan di serata dunia sedang bertungkus-lumus […]

» Read more

SPR Adakan Mesyuarat Khas 27 Nov Bincang PRK Parlimen Gerik Dan DUN Bugaya

PUTRAJAYA, 24 Nov – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai tarikh-tarikh penting urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, pada Jumaat ini (27 Nov). Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat khas itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh pada […]

» Read more

Parlimen Gerik, DUN Bugaya: Pengisytiharaan Darurat Bergantung Penilaian Risiko MKN, KKM

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Pengisytiharaan darurat sepertimana dilaksana di Parlimen Batu Sapi akan dipertimbang di Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri Bugaya yang bakal berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas kedua-dua wakil rakyatnya meninggal dunia, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata bagaimanapun ia bergantung kepada penilaian risiko oleh […]

» Read more

Dewan Rakyat Sentuh Isu Darurat Parlimen Gerik Dan DUN Bugaya Hari Ini

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Persoalan sama ada kerajaan bercadang menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat di Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya seperti yang dilakukan di Parlimen Batu Sapi, adalah antara isu akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang akan diajukan Datuk Seri […]

» Read more

COVID-19 Rekod Jumlah Harian Tertinggi Baharu 1,884 Kes, Ragut Dua Lagi Nyawa

PUTRAJAYA, 23 Nov – Jangkitan COVID-19 di Malaysia hari ini merekodkan jumlah kes harian tertinggi baharu pada 1,884 kes sejak pandemik itu menular ke negara ini. Sebelum ini, jumlah kes harian tertinggi ialah 1,755 kes yang dicatatkan pada 6 Nov lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan angka tertinggi pada 1,203 kes dengan sebahagian […]

» Read more

Kuarters, Penjara Seremban Dikenakan PKPD 24 Nov Hingga 7 Dis – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban menjadi kawasan terbaharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai esok (24 Nov) hingga 7 Dis ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu akan meliputi keseluruhan kawasan Penjara Seremban termasuk blok penjara, bangunan pentadbiran serta kuarters pegawai dan kakitangan […]

» Read more

“Kita Mesti Ada Gabungan Parti, Tidak Boleh Berpecah Untuk Bentuk Kerajaan” – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 23 Nov – “Kita tak boleh mendabik dada bahawa kita boleh ‘stand alone’, kita mesti ada gabungan parti-parti baru kita boleh memerintah dan orang Melayu tidak boleh berpecah jika kita nak membentuk kerajaan,” tegas Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Ujarnya, dari segi realiti politik, Barisan Nasional (BN) masih lagi perlu mengharapkan parti-parti dari Sabah dan Sarawak […]

» Read more

COVID-19 : 1,096 Kes Baharu, Tiga Kematian – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Malaysia hari ini mencatatkan 1,096 kes baharu COVID-19, dengan Selangor terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 603 kes (55.0 peratus) dan diikuti Sabah dengan 311 kes (28.4 peratus). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 54,775 kes. Bagaimanapun, jumlah kes pulih melebihi kes […]

» Read more

COVID -19: 1,041 Kes Baharu, Tiga Kematian – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Malaysia hari ini mencatatkan 1,041 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 53,679 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menurutnya ia menjadikan bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 12,854 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini adalah 1,405 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 40,493. Beliau […]

» Read more
1 311 312 313 314 315 429