Dewan Rakyat Lulus RMK12

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), rancangan pembangunan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata usul itu disetujukan apabila menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju selepas dibahaskan selama empat hari mulai 28 Sept oleh 106 Ahli Parlimen dan disusuli dengan penggulungan oleh […]

» Read more

COVID: 9,890 Kes Baharu Hari Ini, Kumulatif Kes 2,313,727 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kes baharu COVID-19 dalam negara meningkat sedikit dengan 9,890 kes direkodkan setakat tengahari hari ini, berbanding 9,380 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini 2,313,727. Beliau berkata Sarawak kekal sebagai negeri tertinggi dengan sebanyak 1,413 kes diikuti Selangor […]

» Read more

UMNO Perlu Menjadi Juara Di Hati Rakyat – Awang

KUALA PENYU, 7 Okt – UMNO perlu sentiasa menjadi juara di hati rakyat untuk membela dan membantu mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19, darurat, sakit dan musibah banjir. Ketua UMNO bahagian Beaufort Datuk Awang Lakat berkata natijah pandemik kepada ekonomi semakin terasa yang turut menyebabkan rakyat makin susah, resah dan gelisah memikirkan soal kelangsungan hidup mereka. “Di tengah-tengah krisis pandemik […]

» Read more

Penggulungan Hari Terakhir RMK12 Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Hari terakhir sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini akan melibatkan tiga kementerian selain lima portfolio di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Tiga kementerian itu ialah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Belia dan Sukan. Lima portfolio di bawah JPM pula ialah Parlimen dan Undang-Undang, Ekonomi, Hal […]

» Read more

UMNO Telah Lama Amal Dasar Rentas Politik, Perikatan Dan BN Bukti Kejayaan Kemudi Negara – Mohamad

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO telah lama mengamalkan dasar rentas politik iaitu melalui Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional (BN) yang telah berjaya mentadbir negara selama 60 tahun lebih dalam keadaan aman dan harmoni. Menurut beliau sejarah awal menerusi MCA dan MIC melalui Perikatan dan kemudiannya bersama rakan-rakan lain di dalam BN […]

» Read more

Parlimen: Penggulungan RMK12 Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Hari ini bermula sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat oleh kementerian-kementerian selepas rancangan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025 itu dibahaskan di Parlimen. Sebanyak 106 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian pada sesi perbahasan RMK12 selepas dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Sept. Antara isu dibangkitkan […]

» Read more

Lebuhraya CSR: Janji Ditepati, Perancangan BN Demi Kepentingan Rakyat Jadi Realiti – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersyukur projek Lebuhraya Central Spine Road (CSR) bebas tol bagi laluan ‘Bentong By-Pass’ telah siap dan akan dilancarkan pada Khamis ini. “Alhamdulillah, dengan slogan Janji Ditepati, segala perancangan yang telahpun disusun oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan rakyat Malaysia, kini telah menjadi suatu realiti. “Insya-Allah, […]

» Read more

Kes Baharu COVID-19 Terus Menurun Kepada 8,075 Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Kes baharu COVID-19 dalam negara terus mencatatkan penurunan dengan 8,075 kes direkodkan setakat tengah hari ini, berbanding 9,066 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini berjumlah 2,285,640. Sarawak kekal negeri dengan kes baharu tertinggi sebanyak 1,189 diikuti Kelantan (1,020); […]

» Read more

Malaysia Tidak Akan Berkompromi Sekiranya Terdapat Ancaman Di Laut China Selatan

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana negara sekiranya terdapat ancaman di Laut China Selatan, demikian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata perkara itu pernah dibangkitkannya beberapa kali dalam perjumpaan bersama wakil-wakil negara dan forum antarabangsa semasa memegang portfolio Menteri Pertahanan. “Kita katakan kita tidak akan berkompromi dari segi kedaulatan kita,” katanya. […]

» Read more
1 259 260 261 262 263 426