Lembah Klang, Melaka Beralih Ke Fasa Tiga, Kedah Ke Fasa Dua PPN Mulai 1 Okt

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Melaka akan beralih ke Fasa Tiga dalam Pelan Pemulihan Negara berkuat kuasa 1 Okt ini. Kedah pula akan beralih ke Fasa Dua pada tarikh sama, sekali gus menyaksikan tiada lagi negeri berada di Fasa Satu di seluruh negara. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan […]

» Baca lanjut

Kes Bunuh Adib: Pemuda UMNO Tuntut Ketelusan Siasatan, Pengiktirafan Allahyarham Sebagai Wira Negara

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Pemuda UMNO mendesak agar Kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara (AG) untuk memberikan penjelasan secara telus dan terbuka mengenai kemajuan siasatan kes pembunuhan anggota bomba, Allahyarham Adib Kassim yang menjadi sejarah hitam negara. Tegas ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, rakyat dan keluarga Allahyarham berhak untuk mengetahui bagaimana siasatan yang dijalankan sebegitu […]

» Baca lanjut

Rancangan Malaysia Ke-12 Selari Strategi Pembangunan Negara

Walaupun rancangan pembangunan penting ini telah ditunda beberapa kali, akhirnya Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) untuk tahun 2021 – 2025 telah dibentangkan. Secara keseluruhannya, hala tuju RMK-12 yang berteraskan konsep Keluarga Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan adalah jelas dan selari dengan pelbagai strategi pembangunan Malaysia selama ini. Setiap Rancangan Malaysia mesti memastikan setiap rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah […]

» Baca lanjut

Jumlah Individu Hilang Pekerjaan Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Jumlah individu yang kehilangan pekerjaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan antara persoalan yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan yang akan diajukan Su Keong Siong (PH-Kampar) kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Su turut bertanya […]

» Baca lanjut

RMK12: Bung Moktar Cadang Peruntukan Salur Terus Kepada Kerajaan Negeri

KOTA KINABALU, 28 Sept – Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mencadangkan peruntukan untuk Sabah di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) disalurkan terus kepada kerajaan negeri agar dapat diselaraskan oleh jabatan atau agensi berkaitan. Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata ini bagi memastikan RMK12 dilaksana dengan lancar kerana kerajaan negeri lebih memahami demografi dan keperluan […]

» Baca lanjut

Kerajaan Perlu Laksana GST Untuk Kurangkan Jurang Pendapatan, Tarik Pelabur – Najib

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berpendapat kerajaan perlu melaksanakan semula sistem cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) secepat mungkin sebaik negara pulih daripada pandemik COVID-19 bagi mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan asing dan mengukuhkan fiskal negara. Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan berkata pelaksanaan GST mampu menyasarkan ‘ekonomi gelap’ […]

» Baca lanjut

RMK-12 Rapatkan Jurang Pembangunan Selaras Dengan Konsep Keluarga Malaysia – Bung

KOTA KINABALU, 28 Sept – Timbalan Ketua Menteri I Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub di Dewan Rakyat Isnin lepas sebagai komitmen kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan antara Sabah Sarawak dengan Semenanjung. Katanya melalui peruntukan lebih RM9 bilion iaitu RM4.66 bilion untuk Sabah dan RM4.47 […]

» Baca lanjut

Agenda Bumiputera, Keluarga Malaysia Terus Diperkasa – PM

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan agenda Bumiputera akan terus diperkasa dan tidak akan diabaikan, sebagaimana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak dan keistimewaan Melayu dan anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum lain. Perkara itu dinyatakan dalam Agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia iaitu fokus […]

» Baca lanjut

Kes Baharu Terus Berkurang Kepada 10,959 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kes baharu COVID-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas sehingga 12 tengah hari ini terus mencatatkan pengurangan dengan 10,959 kes dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di media sosialnya memaklumkan kes baharu itu berkurangan sebanyak 2,145 kes, berbanding 13,104 kes semalam. “Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif […]

» Baca lanjut

RMK12 Bawa Keluarga Malaysia Ke Hadapan, Struktur Semula Ekonomi – PM

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang merangkumi separuh pertama pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bakal membawa Keluarga Malaysia ke hadapan dengan menstruktur semula ekonomi negara sebagai asas kepada kesejahteraan rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelan pembangunan 2021-2025 dengan objektif ‘Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan’ bertujuan menangani isu semasa, memulih serta merancakkan semula pembangunan […]

» Baca lanjut
1 251 252 253 254 255 417