PAU 2023 Bawa Signifikan Tersendiri, Dihadiri 60 Peratus Kepimpinan Baharu – SUA

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Penganjuran Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada kali ini membawa signifikannya tersendiri apabila buat pertama kali membariskan kepimpinan baharu bagi sesi 2023/2026, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, ini kerana Pemilihan yang berlangsung pada Mac lalu menyaksikan lebih 60 peratus muka baharu dipilih mewarnai kepimpinan parti sama ada di peringkat Pusat […]

» Baca lanjut

Tuntutan Sulu Bayar Segera Lebih US$16 Bilion Melampau, Prosiding Kes Masih Berjalan – AGC

PUTRAJAYA, 3 Jun – Jabatan Peguam Negara (AGC) menyelar dengan tegasnya segala dakwaan dalam surat yang dihantar oleh Paul H. Cohen, peguam kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II (penuntut Kumpulan Sulu) yang membuat tuntutan terhadap kerajaan Malaysia. AGC dalam kenyataan berkata surat bertarikh 28 Mei lepas yang ditujukan kepada Peguam Negara diterima sehari selepas itu (29 […]

» Baca lanjut

‘Waris Sulu Jadi Alat Golongan Tertentu Dari Barat’ – Azalina

KOTA TINGGI, 2 Jun – Kerajaan tidak menolak kemungkinan waris Sulu dipergunakan golongan tertentu dari Barat, bagi menuntut Malaysia membayar tuntutan tidak masuk akal mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia berikutan waris Sulu menggunakan platform Mahkamah Timbang Tara Komersial dalam membuat tuntutan itu, berbanding Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di […]

» Baca lanjut

Pasca Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan… Bukti Gabungan Mampu Jamin Kestabilan Politik

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan pada 14 Mei lalu memberi bukti kepada rakyat bahawa gabungan parti-parti yang membentuk kerajaan Persekutuan pada saat ini dapat menjamin kestabilan politik. Ketua Wanita UMNO Bahagian Segamat, Datuk Norshida Ibrahim berkata, menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 ini sudah semestinya para pimpinan akan mempromosikan keutuhan Kerajaan Perpaduan untuk mengikat […]

» Baca lanjut

Pemimpin UMNO Kreatif Demi Bantu Rakyat, Hasilkan Produk Baharu Untuk Tarik Pelancong

KOTA BELUD, 1 Jun – Pemain industri pelancongan di negeri ini diminta agar meneroka idea-idea baharu untuk menghasilkan produk pelancongan menarik sekali gus memastikan Sabah terus menjadi pilihan pengunjung dari dalam dan luar negara. Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan Norjan berkata langkah itu perlu sebagai persediaan menarik lebih ramai kehadiran pelancong khususnya dari luar negara melawat negeri ini […]

» Baca lanjut

Pas Delusi, Ibarat Kutu Lapar Hisap Darah – Hasmuni

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Hasmuni Hassan menyelar tuduhan Ketua Penerangan PAS Pusat Ir Khairil Nizam Khairudin yang menuduh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai penipu dalam isu kenyataan Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang supaya ‘jangan nak perasan’ dengan jemputan menyertai Kerajaan Perpaduan hari ini. Jelasnya, UMNO memang mengalu-alukan […]

» Baca lanjut

Ahmad Zahid Minta MCMC Pantau Hantaran Pemimpin Politik Berkisarkan Kaum, Agama

PUTRAJAYA, 31 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk memantau hantaran berkisarkan naratif kaum dan agama yang dimainkan pemimpin politik di laman sosial untuk diambil tindakan. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata menurut laporan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), orang politik […]

» Baca lanjut

Ada Cubaan Gugat Moral Ahli Parti… Terus Istiqamah Tolak Dakyah Tidak Betul

KUALA LUMPUR, 29 Mei –  Percubaan pihak tertentu untuk menggugat semangat dan moral jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) dijangka akan berterusan khususnya dalam senario beberapa negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN). Perkara ini ditekankan Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin yang berpandangan usaha-usaha sedemikian termasuklah menimbulkan kerisauan di kalangan ahli parti pasca Pilihan Raya […]

» Baca lanjut

Kesiapsiagaan Awal Jentera Parti Penentu Kejayaan – Jeffery

BEAUFORT, 28 Mei – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu dalam situasi siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) walaupun ianya akan berlangsung dalam jangkaan kurang dari dua tahun dari sekarang Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata, kesiapsagaan serta persediaan lebih awal akan memudahkan gerak kerja bagi menghadapi PRN tanpa menunggu di saat-saat akhir. Katanya, persediaan itu […]

» Baca lanjut

UMNO Masih Disayangi, Sambutan Terhadap Parti Bukti Terus Dapat Sokongan – Bung

TUARAN, 26 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yakin bahawa UMNO sentiasa disayangi ahli-ahlinya berdasarkan sambutan terhadap pelbagai program yang diadakan termasuklah Majlis Rumah Terbuka UMNO sebelum ini. Terdahulu, beliau telah menerima sambutan dalam setiap keraian dan rumah terbuka Aidilfitri sebelum ini termasuklah dari masyarakat Mengkabong di Tuaran. “Saya hampir tidak percaya dengan apa […]

» Baca lanjut
1 190 191 192 193 194 419