UMNO Sangkal Dakwaan Dalang Pendedahan Isu Rasuah Pemimpin Sabah Yang Tular Di Media Sosial

BEAUFORT, 13 Nov – UMNO tidak wajar dikaitkan dengan kes rasuah yang mengaitkan pemimpin tertentu di Negeri Sabah sebagaimana tular di pelbagai platform media sosial dan media cetak sejak beberapa hari lalu. Ketua UMNO bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, berkata isu ini mula tular apabila sebuah portal dalam talian berpengkalan di Kuala Lumpur melaporkan isu rasuah yang berlaku membabitkan […]

» Baca lanjut

Formula Kerajaan Perpaduan Jadi Asas Kerjasama BN-PH Dalam PRN17 Sabah

SHAH ALAM, 13 Nov – Formula kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan menjadi asas rujukan kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Sabah untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang akan datang. Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata formula tersebut menjadi salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh kedua-dua parti […]

» Baca lanjut

PRN Sabah: Bung Moktar Nafi Sabah Dijadikan ‘Tikus Makmal’

PAPAR, 12 Nov – Barisan Nasional (BN) Sabah menafikan negeri itu dijadikan tikus ujian makmal bagi menguji kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi pilihan raya. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata dakwaan mengenai perkara itu timbul disebabkan ketidakfahaman mengenai maksud sebenar istilah ‘makmal’ dalam konteks kerjasama BN-PH di Sabah. Katanya, kerjasama BN-PH juga bukan baharu, […]

» Baca lanjut

Gelombang Biru Di DUN Liawan Dan Pantai Manis Isyarat BN Sabah Sedia Hadapi PRN Ke-17

PAPAR, 11 Nov – Himpunan ‘Gelombang Biru’ dengan kehadiran yang amat memberangsangkan pada setiap program Gerak17 UMNO Sabah, memberikan isyarat jentera Barisan Nasional (BN) Sabah sedia menggalas tanggungjawab menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang seterusnya menerajui kepimpinan kerajaan negeri. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata kehadiran penyokong BN hampir 3,000 orang dalam program Gerak 17 […]

» Baca lanjut

PRN Sabah Ke-17: ‘Makmal’ Kerjasama BN-PH… Jangan Kelirukan Dengan ‘Tikus Makmal’ – Sharif Musa

LAHAD DATU, 11 Nov – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul membidas pihak yang cuba mengelirukan Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) sebagai eksperimen atau ‘tikus makmal’. Tegasnya yang juga Setiausaha Sekretariat NGO dan Profesional Muda UMNO Negeri kenyataan bahawa kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang bakal berlangsung akan menjadi ‘makmal’ telah disalahertikan. […]

» Baca lanjut

Salleh Diumum Sebagai Calon UMNO/BN DUN Usukan PRN Sabah Akan Datang

KOTA BELUD, 11 Nov – Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.10 Usukan, Datuk Seri Salleh Said telah diumumkan sebagai calon UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan datang. Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, ketika merasmikan Program Gerak17 UMNO Sabah bagi kawasan DUN Usukan kelmarin. Salleh, yang juga […]

» Baca lanjut

Puteri UMNO Tawau Tekad Pastikan UMNO/BN Menang PRN Sabah

TAWAU, 8 Nov – Puteri UMNO Bahagian Tawau bertekad untuk memainkan peranan aktif dalam memastikan Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17. Ketua Puteri UMNO Tawau, Noratika Awang, menegaskan komitmen untuk terus menggerakkan parti dan memperkukuh jentera UMNO, khususnya dalam menarik sokongan daripada golongan wanita muda adalah antara keutamaan dalam mendepani PRN Sabah. Ujarnya, menerusi […]

» Baca lanjut

SUA Sifatkan UMNO Sabah Komited Bela Nasib Rakyat, Perjuangan Hak-hak Bumiputera

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan pimpinan dan keseluruhan jentera UMNO Sabah dilihat kekal komited dalam membela nasib rakyat di negeri ini. Menurut beliau, ia dibuktikan dengan kesungguhan dilakukan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menggerakkan kekuatan jentera demi melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan demi memastikan kesejahteraan rakyat. “Di bawah kepimpinan […]

» Baca lanjut

JUARA Antara Pendekatan UMNO Sabah Laksana Gerak Kerja Sistematik Menjelang PRN

KOTA KINABALU, 5 Nov – Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Moslimin, menegaskan bahawa komitmen penuh parti kini adalah untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi. Beliau yang merupakan anggota Jawatankuasa Jabatan Urusan Pilihan Raya (JUARA) UMNO Sabah yakin bahawa persiapan rapi di setiap peringkat adalah kunci kejayaan parti dalam menghadapi cabaran menjelangnya […]

» Baca lanjut
1 15 16 17 18 19 417