JoW Bawa Perkhidmatan Guaman Langsung Ke Pintu Rumah Masyarakat – Azalina

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Justice on Wheel (JoW) dirangka untuk membawa perkhidmatan guaman secara langsung ke pintu rumah masyarakat, kata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia memaklumkan bahawa program JoW telah dilaksanakan di Sabah pada tahun lalu menyaksikan 28 program di lima daerah. […]

» Read more

PRK Ayer Kuning: Ahmad Zahid Harap SPR Ambil Kira Ramadan Tetapkan Tarikh

TAWAU, 24 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil kira bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN), pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan […]

» Read more

Kita Tidak Janjikan ‘Setinggi Langit’ – Ahmad Zahid

TAWAU, 23 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak akan menjanjikan pelbagai perkara yang tidak boleh dilaksanakan apatah lagi janji ‘setinggi langit’. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri seterusnya berkata sebaliknya apa yang dijanjikan adalah berpaksikan kepada kepentingan rakyat yang harus diselesaikan. “Kita tidak akan janjikan setinggi langit tetapi masalah asas harus diselesaikan…Lebuh […]

» Read more

UMNO/BN Beaufort Terima Suntikan Semangat Menjelang PRN-17

BEAUFORT, 20 Feb – Seluruh jentera UMNO/Barisan Nasional (BN) di Beaufort menerima suntikan semangat dalam usaha memperkukuh persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) yang kian menghampiri. Ini direalitikan dengan adanya majlis taklimat dan perjumpaan bersama Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang menjadi medan untuk mengukuhkan kesatuan dan memperkasakan gerak kerja jentera di kawasan Dewan […]

» Read more

‘Yang Baik Kita Puji, Yang Betul Kita Pertahan, Yang Salah Kita Bantah’ – Syauqi Ibnihajar

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Pemuda UMNO menegaskan pendirian untuk terus menyokong perkara yang betul serta membantah sebarang kesalahan dalam pentadbiran negara. Exconya, Mohd Syauqi Ibnihajar Ahmad berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai rakan kongsi utama dalam Kerajaan Perpaduan dan akan terus memainkan peranan yang konstruktif dalam memastikan dasar kerajaan selari dengan kepentingan rakyat. Dalam hal ini beliau menjelaskan […]

» Read more

Henti Putar Belit Fakta, Isu Waktu Sekolah Ramadan Sudah Lama Dilaksanakan – Fikhran Hamshi

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi menyokong pendirian Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh yang menegaskan bahawa fakta dari Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek diputarbelitkan sehingga mengelirukan rakyat. Menurutnya, tindakan tersebut sengaja diputarbelit fakta kerana pekeliling yang sebenarnya telah berkuat kuasa sejak 2022. “Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek […]

» Read more
1 132 133 134 135 136 427