Persidangan Tahunan UMNO Tonjol Semangat Perpaduan Cawangan – Sharif Musa

LAHAD DATU, 19 April – UMNO Bahagian Lahad Datu terus menunjukkan kekuatan dan perpaduan apabila berjaya menganjurkan Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan secara berkelompok yang menghimpunkan lima buah cawangan di sini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketuanya, Sharif Musa Sharif Mabul, yang menyatakan rasa syukur serta penghargaan terhadap kehadiran para ahli lantaran komitmen luar biasa dalam menjayakan program tersebut. “Alhamdulillah! Semangat juang […]

» Read more

Tidak Semua Parti Politik Mampu Bertahan Lama – Dr Salleh Said

KOTA BELUD, 19 April – Bendahari UMNO Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegaskan bahawa tidak semua parti politik mampu bertahan lama dalam landskap politik negara, terutama di Sabah yang menyaksikan pertukaran dinamik kuasa dan sokongan rakyat. Menurut beliau, parti politik seharusnya menjadi platform untuk membawa perubahan sama ada melalui pembentukan kerajaan, […]

» Read more

Rundingan Tambahan Kerusi Perlu Libat Semua Parti Komponen – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 14 April – Rundingan bagi meminda kuota satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak perlu dilakukan dengan semua parti komponen dalam kerajaan Madani, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, perkara berkenaan juga perlu diteliti di peringkat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Kita belum meneliti (rundingan pinda kuota) […]

» Read more

Jadikan Persidangan Medan Bertukar Pandangan – Pemuda UMNO Lahad Datu

KUALA LUMPUR, 9 April – Inilah masanya untuk semua ahli UMNO mengambil kesempatan perkemaskan segala gerak kerja, menyusun pandangan dan saling bertukar fikiran menerusi persidangan peringkat cawangan yang bermula di seluruh negara pada 7 April. Demikian kata Bendahari Pemuda UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Anil Sandhu. Menurut beliau peluang yang terbuka luas itu membolehkan masing-masing mendengar pendapat serta bertukar pandangan […]

» Read more

Inilah Masanya Semua Kembali Bersama Di Bawah Panji UMNO/BN – Jafry Ariffin

KOTA KINABALU, 9 April – UMNO Sabah menyambut baik kemasukan semula bekas Setiausaha PPBM Sabah ke dalam UMNO, dalam satu perkembangan yang disifatkan sebagai langkah positif ke arah penyatuan semula kekuatan politik demi masa depan negeri. Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin dalam kenyataan berkata, kepulangan tokoh politik berkenaan bukan sahaja mencerminkan kekuatan UMNO sebagai parti keramat orang Melayu dan […]

» Read more

Hentikan Naratif Sempit ‘Parti Malaya’ Atau ‘Parti Lokal’

KOTA BELUD, 8 April – Naratif sempit seperti ‘parti Malaya’ atau ‘parti lokal’ perlu dihentikan, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kota Belud Samri Moksan. Menurutnya, Negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia adalah tonggak Persekutuan Malaysia yang harus bersatu di bawah semangat perpaduan. “Segelintir pihak terus memanipulasi pemikiran rakyat demi kepentingan politik jangka pendek. “Rakyat Sabah tidak harus dijadikan mangsa permainan […]

» Read more

Sambutan Raya Sekampung Eratkan Perpaduan Masyarakat – Awang Aslee

BEAUFORT, 7 April – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, memenuhi jemputan ke Majlis Sambutan Raya Sekampung di Kampung Palu-Palu, Kuala Penyu dan menyantuni masyarakat setempat. Majlis yang dianjurkan bersama oleh KRT Kampung Palu-Palu, Masjid Nurhidayah, JPKK Kampung Palu-Palu, dan Persatuan Masyarakat Berunai Sabah (PMBS) Kuala Penyu Sabah ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah […]

» Read more

Bung Moktar Tinjau Mangsa Banjir Di Pangkalan Bukit Garam

KINABATANGAN, 7 April – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah meluangkan masa meninjau keadaan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pangkalan Bukit Garam, susulan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu. Dalam lawatan tersebut, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan sempat meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar […]

» Read more

Syawal Tanda Kemenangan, Istiqamah Laksanakan Ibadah

KUALA LUMPUR, 7 April – Kehadiran bulan Syawal menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang penuh rahmat dan keberkatan. Ia juga tanda kemenangan buat umat Islam dalam melaksanakan ibadah puasa dan mengharungi segala ujian dan cabaran dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Alamin menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam […]

» Read more

Sambut Syawal Dengan Keinsafan Dan Kegembiraaan

KUALA LUMPUR, 5 April – Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia mahupun di Malaysia menantikan kehadiran bulan Syawal dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Bulan yang mulia ini menandakan berakhirnya Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan ibadah, ketakwaan dan penghayatan. Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Naim Bung Mokhtar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, rakyat Sabah dan […]

» Read more
1 128 129 130 131 132 426