Pemilihan UMNO: Kemunculan Muka Baharu Bukti Parti Pemangkin Suara Anak Muda – Rais Yasin

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Kemunculan muka-muka baharu sepanjang musim Pemilihan UMNO 2023 ini membuktikan bahawa parti terus menjadi pemangkin kepada suara anak muda. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rais Yasin berkata, ini adalah satu fenomena yang baik terutama sekali dalam proses rejuvenasi parti. “Inilah pesta demokrasi yang sedang berlaku. Alhamdulilah, UMNO masih dan terus menjadi pemangkin kepada […]

» Baca lanjut

UMNO Tidak Ketandusan Pemimpin Pelapis – Ariff Majid

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Dalam menuju perubahan landskap politik yang lebih dinamik, UMNO membuka peluang kepada setiap orang yang berkelayakan untuk menjawat pelbagai jawatan pada pemilihan UMNO bagi penggal 2023 hingga 2026, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak, Datuk Mohd Ariff Abdul Majid. Katanya, paling penting calon yang menawarkan diri dapat berkhidmat dengan baik dan diterima oleh semua […]

» Baca lanjut

Pemilihan UMNO: Dakwaan Wujud Kem Cuma Andaian – Wan Rosdy

KUANTAN, 27 Feb – Dakwaan wujud kem dalam kalangan calon yang menawarkan diri merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti bulan depan cuma andaian, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau yang juga antara tujuh calon bagi merebut jawatan Naib Presiden berkata dakwaan wujud kem propresiden, antipresiden dan bebas dalam pencalonan bagi pertandingan kali ini […]

» Baca lanjut

Pemilihan UMNO: Parti Sentiasa Terbuka, Alukan Muka Baharu Cebur Diri

KUALA LUMPUR, 27 Feb – UMNO sentiasa terbuka dan mengamalkan demokrasi buat sesiapa sahaja yang berminat untuk menawarkan diri bagi mana-mana jawatan sempena Pemilihan UMNO 2023. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosni Sohar berkata, UMNO semakin diminati memandangkan ramai yang menawarkan diri untuk bersama memimpin parti. “Sebenarnya UMNO tidak seperti dijangkakan. Ramai yang berminat pada pemilihan kali ini. […]

» Baca lanjut

Zambry Tarik Diri Bertanding Jawatan Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden UMNO bagi Pemilihan UMNO yang akan berlangsung bulan depan. Zambry dalam hantaran di Facebooknya malam tadi memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tugas rasminya sebagai Menteri Luar Negeri dalam kerajaan. “Banyak perkara dan urusan hal-hal di […]

» Baca lanjut

Demokrasi Semakin Subur Dalam Proses Pemilihan UMNO – Ahmad Zahid

GUA MUSANG, 27 Feb – Jumlah calon yang ramai menawarkan diri untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO 2023 kali ini bukti demokrasi semakin menyubur dalam parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata hal ini kerana mereka (calon) melihat bahawa UMNO ini mempunyai masa hadapan untuk menterjemahkan potensi itu. “Bila ramai orang […]

» Baca lanjut

Pemilihan UMNO Peluang Terbaik Akar Umbi Menentukan Barisan Kepimpinan – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 26 Feb – UMNO memerlukan barisan kepimpinan yang terbaik untuk mengemudi parti terutamanya ketika sedang dilanda badai. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kemeriahan pesta demokrasi UMNO kali ini memberikan peluang kepada akar umbi untuk memilih pemimpin yang benar-benar mampu bagi menggalas tanggungjawab. “UMNO memerlukan pilihan terbaik. Sebab itu, kita laksanakan […]

» Baca lanjut

UMNO Masih Relevan, Ramai Tawar Diri Tanding Pemilihan – Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Pemilihan UMNO 2023 mendapat sambutan hangat apabila ramai calon tampil untuk menawarkan diri bagi jawatan dipertandingkan, sekaligus membuktikan UMNO masih relevan. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan UMNO bukan sahaja relevan di peringkat parti bahkan rakyat. “Apabila ramai orang cuba nak menjawat […]

» Baca lanjut

Pemuda UMNO Mampu Bawa Semangat Yang Baharu – Sollehin

  KUALA LUMPUR, 26 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang Mohammad Sollehin Mohd Tajie menzahirkan penghargaan kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memberi laluan pada pemilihan UMNO 2023/26 kali ini. Jelasnya, ini adalah proses demokrasi bagi menyuburkan kembali semangat kepimpinan untuk membawa semangat baharu dalam parti UMNO. “Saya yakin apa yang dilaksanakan […]

» Baca lanjut

Pilih Calon Pemimpin Terbaik, Kembali Perkasa Agenda Perjuangan UMNO – Latipah

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Latipah Omar percaya bahawa perwakilan yang akan mengundi pada Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 akan memilih pemimpin terbaik bagi agenda memperkasa parti keramat ini. Ini kerana katanya ia penting bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap UMNO khususnya dalam kalangan generasi muda. “Pemilihan ini secara terbuka tiada paksaan masing-masing boleh memilih siapa […]

» Baca lanjut
1 27 28 29 30 31 61