Sebanyak 97,635 Permohonan Perantisiswa Fasa 1 Diluluskan

KOTA KINABALU, 13 Sept – Sebanyak 97,635 permohonan mendapatkan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 1 sudah diluluskan setakat ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 21,633 permohonan diterima di Sabah dan 3,748 telah diluluskan serta dalam proses untuk serahan peranti. “Permohonan untuk mendapatkan PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah dibuka sejak April lepas dan […]

» Read more

Pahang Sedia Bangunkan ‘Pocket Land’ FELDA – MB

KUANTAN, 11 Sept – Kerajaan Pahang akan membangunkan ‘pocket land’ atau tanah tersepit di kawasan FELDA seluruh negeri, untuk pembinaan rumah bagi generasi kedua melalui peruntukan RM1 billion yang telah diluluskan kerajaan Persekutuan. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata daripada peruntukan itu sebanyak RM200 juta akan digunakan bagi menyiapkan projek perumahan felda yang terbengkalai. “Kerajaan Persekutuan sudah […]

» Read more

KPLB Mahu Usahawan Luar Bandar Kuasai Kemahiran Digital

TASEK GELUGOR, 11 Sept – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyarankan usahawan luar bandar agar melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran digital dalam menghadapi persaingan perniagaan yang semakin kompetitif. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia berikutan dunia sentiasa mengalami perubahan dan pemacu asas ke arah perubahan adalah tranformasi digital iaitu penggunaan teknologi digital dalam urusan perkhidmatan atau perniagaan. […]

» Read more

PRU15: Tok Mat Belum Putuskan Bertanding Parlimen Mana

SEREMBAN, 10 Sept – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan beliau belum membuat keputusan berhubung kerusi Parlimen mana yang mahu ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Menurutnya, keutamaan parti ketika ini adalah memperkukuh dan mempersiapkan jentera di seluruh bahagian terlebih dahulu sebelum memutuskan soal pembahagian kerusi dan calon. Malah, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan bersama parti komponen BN dalam […]

» Read more

Mesyuarat Bersama Agensi Berkaitan Bincang Persiapan Awal Banjir Isnin Ini – PM

BANGI, 10 Sept – Mesyuarat bersama semua agensi serta pihak terlibat bagi persediaan menghadapi bencana banjir akan diadakan Isnin ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata mesyuarat itu susulan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai banjir besar yang dijangka melanda beberapa negeri Semenanjung pada November ini. Katanya semua agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta wakil kerajaan […]

» Read more

Program Perantisiswa Terima 65,898 Permohonan Dalam Tempoh Sebulan

KUALA BESUT, 8 Sept – Kerajaan menerima 65,898 permohonan tablet di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi fasa kedua dalam masa sebulan sejak ia mula dibuka pada 1 Ogos lepas. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 45,341 permohonan layak menerima tablet manakala 20,557 permohonan sedang diproses. “Kita mempunyai 1.6 juta keseluruhan pelajar, bagaimanapun […]

» Read more

300 Penunggang Motosikal Sertai Jelajah Sempena Hari Malaysia 2022

MELAKA, 8 Sept – Kembara Hari Malaysia 2022 yang menjelajah seluruh Melaka akan disertai kira-kira 300 penunggang motosikal dari dalam dan luar negeri ini termasuk Singapura pada 16 Sept ini. Pengerusi program berkenaan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kembara sejauh 200 kilometer itu akan berhenti di enam perhentian mewakili setiap Parlimen di negeri itu. Beliau berkata Kembara Hari Malaysia […]

» Read more

Kerajaan Jamin Kebebasan Media, Mesti Bersandarkan Fakta

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan kepada pengamal media di dalam negara bahawa mereka bebas melaporkan sebarang berita, namun ia mesti bersandarkan fakta yang benar dan sahih. Dalam hal ini, perdana menteri berkata sebagai penyebar maklumat, beliau yakin setiap media sedar mengenai batasan dan tanggungjawab mereka. “Yang saya tahu, media […]

» Read more

Kajian Pembinaan LPT3 Selesai, KKR Tunggu EPU – Fadillah

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Kajian pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) selesai dijalankan dan telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau berkata Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang menunggu tindakan selanjutnya daripada agensi berkenaan dan EPU akan membuat keputusan sama ada perbelanjaan LPT3 akan diperuntukkan dalam Rolling Plan […]

» Read more

KPLB Bincang Dengan JPA Untuk Naikkan Gred Pengurus PKD

ALOR SETAR, 5 Sept – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkenaan cadangan untuk menaikkan gred perkhidmatan bagi jawatan pengurus Pusat Komuniti Desa (PKD) di bawah kementerian itu. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pada masa ini pengurus PKD diberikan Gred N19 secara kontrak selama setahun dan kementerian melihat gred […]

» Read more
1 92 93 94 95 96 309