NTW Setiap Tahun Untuk Tingkat Pemahiran Semula Dan Peningkatan Kemahiran Tenaga Kerja- Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 27 Mei- Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) akan diadakan setiap tahun kerana ia membantu meningkatkan pemahiran semula dan peningkatan kemahiran tenaga kerja di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata NTW yang dianjurkan julung kalinya oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) […]

» Baca lanjut

Ribut Sekitar Chenor, UMNO Bahagian Maran Turun Padang Bantu Mangsa Terkesan

MARAN, 26 Mei – UMNO Bahagian Maran sedaya upaya untuk membantu penduduk sekitar Chenor yang berhadapan dengan situasi rumah rosak akibat dilanda ribut pada petang semalam. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) merangkap Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsudin menerusi hantaran Facebooknya berkata, beliau telah mengadakan tinjauan bagi melihat keadaan rumah mangsa yang terkesan akibat bencana itu. “Mendapat khabar […]

» Baca lanjut

Pas/PPBM Tak Mampu Ganti Jasa Dan Peranan Perjuangan UMNO Bina Negara – Lokman

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam membidas Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) melalui Pas/Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menggantikan perjuangan UMNO. Katanya, peranan dan perjuangan UMNO tidak boleh digantikan dengan mana-mana parti kerana khidmat kepada rakyat dan negara sejak awal penubuhannya tidak boleh dinafi. […]

» Baca lanjut

Projek NR-REE Akan Dihentikan Jika Didapati Ancam Kesihatan Rakyat – MB

IPOH, 24 Mei – Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk menghentikan projek unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini sekiranya didapati projek berkenaan mempunyai unsur yang membahayakan kesihatan rakyat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diberitahu hari ini. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad bagaimanapun yakin semua proses yang terlibat tidak akan menghasilkan bahan berbahaya termasuk bahan radioaktif dengan […]

» Baca lanjut

Berbaur Fitnah Dan Niat Jahat, Laporan Polis Dibuat Hina Pemimpin UMNO

KUALA LUMPUR, 23 Mei – UMNO Bahagian Pontian membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook ‘Kamarul Aripin Lamin’ yang menyebarkan kandungan berbaur fitnah dan berniat jahat. Laporan polis yang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian itu ekoran hantaran yang memaparan kandungan berbentuk penghinaan kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Dalam pada itu, Setiausaha Agung WarisPEKEMBAR […]

» Baca lanjut

Lima Perkara Diberi Keutamaan Jika Kerajaan Perpaduan Ambil Alih Kedah – Ahmad Zahid

ALOR SETAR, 21 Mei – Lima perkara akan diberikan keutamaan di Kedah sekiranya gabungan parti Kerajaan Perpaduan mendapat peluang mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri seiring dengan kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lima perkara itu melibatkan perniagaan agro; pendidikan maahad tahfiz; Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET); air […]

» Baca lanjut

PRN: BN, PH Akan Terus Dapat Sokongan Pengundi – Ahmad Zahid

TAMPIN, 20 Mei – Kerajaan Perpaduan akan terus mendapat sokongan pengundi di Negeri Sembilan meskipun Perikatan Nasional (PN) mendakwa akan berlaku “tsunami” orang Melayu di negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata dalam sistem demokrasi di negara ini, semua pihak boleh mengeluarkan […]

» Baca lanjut

Kerajaan Kenal Pasti Keluasan Tanah Untuk Aktiviti Agromakanan – Ahmad Zahid

MACHANG, 20 Mei – Kerajaan menerusi Felcra Berhad sedang mengenal pasti keluasan tanah yang mencukupi untuk digunakan sebagai aktiviti agromakanan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata hal ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada peserta Felcra dan generasi seterusnya sebagai tenaga kerja dalam bidang terbabit. “Saya […]

» Baca lanjut

Pemain Industri Francais Diseru Berkolaborasi Promosi Produk Tempatan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru pemain industri francais tempatan supaya berkolaborasi untuk mempromosikan jenama masing-masing ke peringkat antarabangsa. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sudah tiba masanya kesemua pemain industri bersama dalam memasarkan produk tempatan ke luar negara sekali gus mengetepikan persaingan. “Saya yakin sekiranya kita bersama […]

» Baca lanjut

Peguam Luar Negara Setuju Kes Sulu Penyalahgunaan Proses Arbitrasi – Azalina

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Peguam-peguam luar bersetuju dengan pandangan kerajaan Malaysia bahawa tiada klausa timbang tara dalam Perjanjian 1878 dan kes Sulu adalah satu penyalahgunaan proses arbitrasi. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) merangkap Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau kini berada di Paris bagi mengadakan beberapa perbincangan mengenai Kes Sulu.   […]

» Baca lanjut
1 63 64 65 66 67 309