Agihan Kerusi BN-PH Terengganu Selesai – Ahmad Said

MARANG, 5 Jun – Proses agihan kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai sepenuhnya, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said. Beliau berkata proses agihan tersebut selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan beliau telah menyerahkan keputusan agihan […]

» Baca lanjut

TMM 2024: Melaka Mohon Peruntukan RM20 Juta Naik Taraf Produk Pelancongan

MELAKA, 4 Jun – Kerajaan Melaka memohon peruntukan berjumlah RM20 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi melaksanakan pelbagai kerja menaik taraf produk pelancongan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024). Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata kerja menaik taraf produk pelancongan itu melibatkan aspek pencahayaan, pembaikan fasiliti […]

» Baca lanjut

Sahkan Kehadiran Ke PAU 2023, Ahmad Zahid Berterima Kasih Kepada Abang Jo

  KAPIT, 3 Jun – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerana telah mengesahkan kehadiran beliau ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada 7 hingga 10 Jun ini. Timbalan Perdana Menteri berkata pengesahan itu dibuat Abang Johari yang juga Premier Sarawak, semasa beliau berkunjung […]

» Baca lanjut

KKR Kenal Pasti 38 Projek Sakit Seluruh Negara – Abdul Rahman

MACHANG, 3 Jun – Sebanyak 38 daripada 717 projek di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR) di seluruh negara, dikenal pasti sebagai ‘projek sakit’, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Beliau berkata walaupun terdapat beberapa projek terpaksa terhenti seketika berikutan masalah yang dihadapi, namun pihaknya sentiasa menasihati kontraktor supaya segera mengatasi masalah terbabit, untuk mengelakkan daripada membayar denda […]

» Baca lanjut

PAU 2023 Saksikan Penambahan Perwakilan, Terus Bawa Agenda Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang akan bermula pada 7 Jun nanti menyaksikan pertambahan perwakilan apabila Ketua-ketua Penerangan UMNO bahagian serta sayap termasuklah Ketua Penerangan Wanita akan hadir ke perhimpunan agung parti tersebut. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata seramai 6,351 perwakilan akan terlibat bagi menjayakan perhimpunan agung parti tahun ini dan […]

» Baca lanjut

Melaka Bakal Tubuh Bank Inovasi, Bantu Komersial Hasil Produk

MELAKA, 1 Jun – Kerajaan negeri akan menubuhkan Bank Inovasi Melaka pada Oktober ini bagi mengumpul produk penyelidikan yang berpotensi untuk diketengah dan dikomersialkan dalam pasaran. Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Fairul Nizam Roslan berkata penubuhannya itu juga akan melibatkan kerjasama daripada syarikat berkaitan inovasi, institusi pengajian tinggi dan pihak berkuasa tempatan (PBT). “Bank Inovasi Melaka ini […]

» Baca lanjut

Kenyataan Sanusi P.Pinang Milik Kedah Satu Hasutan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Kenyataan Pulau Pinang milik Kedah yang dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, adalah satu tindakan menghasut, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata kenyataan itu juga menunjukkan, Menteri Besar Kedah itu daif dari segi ilmu sejarah, malah tidak memahami Perlembagaan. “Hanya orang yang tidak buta sejarah sahaja […]

» Baca lanjut

Melaka Kerjasama Dengan 80 Agensi Pelancongan Di Filipina Tarik 120,000 Pelancong

MELAKA, 28 Mei – Kerajaan Negeri Melaka menjalin kerjasama dengan 80 agensi pelancongan dari Filipina untuk menarik kedatangan kira-kira 120,000 pelancong dari negara itu pada tahun depan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024). Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata kerjasama itu dilaksanakan menerusi kempen TMM 2024 di bawah program Sales Mission melalui […]

» Baca lanjut

Yahya Jaafar Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Ketepikan Mohd Hairi

JOHOR BAHRU, 27 Mei – Datuk Yahya Jaafar dinamakan sebagai Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru sekali gus mengetepikan Naib Ketua Pemuda UMNO Mohd Hairi Mad Shah dalam pemilihan UMNO bahagian itu yang berlangsung hari ini. Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Johor Bahru Mohd Seth Hussin pada 3.45 petang. Yahya, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, meraih […]

» Baca lanjut

Program Townhall Bersama GenZ: Zahirkan Segala Hasrat Sebenar Anak Muda Terhadap Parti

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari merasa bertuah kerana berkesempatan untuk berjumpa dengan para pelajar dari pelbagai universiti bagi mengetahui apa hasrat sebenar mereka terhadap UMNO. Jelasnya, para pelajar yang kebanyakannya datang daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini amat ikhlas […]

» Baca lanjut
1 62 63 64 65 66 309