LTU: Amizar Boleh Teruskan Usaha Allahyarham Datuk Johari Laksana Pembangunan – Abdul Rahman

BENTONG, 27 Sept – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata bukan sahaja masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai memerlukan Datuk Amizar Abu Adam yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, malah kerajaan negeri Pahang dan juga pusat. Katanya langkah itu penting kerana ianya sebagai jambatan antara satu […]

» Read more

Adnan Sifatkan Undi PN Di Pelangai Langkah Sia-Sia, Terus Pilih BN

BENTONG, 26 Okt – Undi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai merupakan pilihan atau satu tindakan yang sia-sia, demikian pandangan Timbalan Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Adnan Seman. Bagi beliau langkah tersebut adalah tindakan yang merugikan kerana kawasan Pelangai akan diwakili oleh wakil rakyat pembangkang sedangkan negeri diterajui oleh kerajaan perpaduan Barisan […]

» Read more

Kilang Beras Negeri Sembilan Bakal Direalisasikan Menjelang Tahun 2025

SEREMBAN, 26 Sept – Kerajaan Negeri Sembilan kini sedang meneliti beberapa kawasan yang dilihat sesuai bagi pembinaan sebuah kilang memproses padi dan pengeluaran beras seperti yang dirancang sebelum ini. Exco Kanan Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, antara kawasan yang sedang diteliti dan dilihat sesuai adalah […]

» Read more

Mahkamah Batal Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman Pada PRU15

KUALA TERENGGANU, 26 Sept – Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid yang mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis berkata pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15. Mahkamah turut memerintahkan pihak […]

» Read more

Komen Ucapan PM di UNGA, Muhammad Sanusi ‘Kaki Fitnah’ – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai pemimpin ‘kaki fitnah’ apabila memberi komentar mengenai ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 pada minggu lalu. Ini kerana katanya, beliau turut menghadiri perhimpunan […]

» Read more

PRK Pelangai: Ahli Parti Perlu Beri Sokongan Kepada Calon BN – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu memberikan sokongan penuh kepada calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam. Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mana-mana individu yang dipilih adalah mewakili parti dan kekalahannya akan memberi kesan kepada parti secara keseluruhan. “Kalau kita UMNO […]

» Read more

Amizar Tekad Teruskan Perancangan Allahyarham Johari

BENTONG, 23 Sept – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam bertekad untuk meneruskan segala perancangan yang telah diusahakan oleh Allahyarham Datuk Seri Johari Harun sebelum ini demi kepentingan penduduk setempat. Pada masa yang sama beliau turut beriltizam untuk memberi tumpuan terhadap aspek pembangunan dan lain-lain yang berkaitan di kawasan berkenaan sekaligus memberi manfaat secara […]

» Read more

Lebih Ramai Bukan Bumiputera Diseru Sertai ATM

PORT DICKSON, 23 Sept – Lebih ramai rakyat bukan bumiputera diseru menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya dalam pasukan tentera darat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk promosi bagi mengalakkan pelbagai kaum bukan bumiputera menyertai ATM, namun jumlah penyertaan masih rendah iaitu sekitar tiga peratus. Katanya dorongan daripada ibu bapa serta […]

» Read more

Jangan Ambil Mudah, Tingkatkan Usaha Kekalkan Kemenangan Di Pelangai – Ahmad Zahid

BENTONG, 23 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh jentera parti agar tidak mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sebaliknya perlu mengambil langkah yang sewajarnya dalam usaha mengekalkan kemenangan yang dicapai sebelum ini. Menurut beliau walaupun atas kertas jumlah majoriti yang dicapai Allahyarham Datuk Seri Johari lebih daripada […]

» Read more

Azalina Saksi Pemeteraian MoU Antara AIAC, SADRC Bagi Menggalakkan Amalan Terbaik Timbang Tara

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada Khamis (21 Sept) menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Kuala Lumpur dan School of African and Oriental Studies (SOAS) University of London Arbitration and Dispute Resolution Centre (SADRC), di London. AIAC dalam satu kenyataan […]

» Read more
1 47 48 49 50 51 311