Beri Saya Sebulan Untuk Gariskan Visi, Misi UMNO Terengganu – Rozi Mamat

KUALA TERENGGANU, 12 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Rozi Mamat meminta agar diberikan masa untuk beliau menggariskan visi dan misi yang ingin dibawanya, setelah diberi mandat menerajui parti keramat itu di negeri berkenaan. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong itu berkata masih terlalu awal untuk beliau bercakap mengenai hala tujunya, memandangkan pelantikannya menggantikan Datuk Seri Ahmad […]

» Read more

Rombakan Kabinet: Saya Masih Terkejut – Mohamed Khaled

PUTRAJAYA, 12 Dis – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau masih terkejut dengan pertukaran portfolio daripada Menteri Pendidikan Tinggi kepada Kementerian Pertahanan dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. “Saya tidak mahu cakap lagi sebab saya masih terkejut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan pertukaran memorandum persefaham (MoU) bagi Penawaran Perkhidmatan Pelantar Kolektif […]

» Read more

KPT Sedang Lihat Ekosistem Tvet Untuk Mantapkan Usaha Kerajaan Menjayakannya

ARAU, 11 Dis – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang melihat ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sektor pendidikan tinggi dalam usaha memantapkan lagi langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi menjayakan sistem pendidikan dan latihan teknikal itu dalam negara. Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ekosistem TVET dalam sektor pendidikan tinggi merangkumi Politeknik, Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) serta […]

» Read more

Lebih 100,000 Hadir Program Setahun Bersama Kerajaan Madani Sejak Semalam

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Selepas dua hari berlangsung, Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, mencatat kehadiran pengunjung memberangsangkan dengan lebih 100,000 orang direkodkan sejak semalam. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata jumlah itu sekali gus membuktikan program tiga hari itu yang akan melabuhkan tirai esok, berjaya mencapai matlamatnya dengan membawa secara […]

» Read more

Pemecatan Isham Jalil Kerana Ganggu-Gugat Parti – Mohamed Khaled

KOTA TINGGI, 9 Dis – Keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat Isham Jalil daripada parti itu kerana tindakannya yang disifatkan mengganggu-gugat parti. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata anggota parti sepatutnya menggunakan saluran yang sesuai dan betul jika mempunyai pandangan dan ketidakpuasan hati atas sesuatu perkara dalam parti. “Saya ingat itu soal disiplin…mana-mana ahli parti ataupun mana-mana […]

» Read more

Isham Terima Surat Status Keahlian Dalam Masa Terdekat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Dia (Isham) akan terima surat dalam masa terdekat,” kata Ahmad Zahid secara ringkas sebagi menjawab kenyataan Isham yang mengesahkan belum menerima sebarang surat daripada UMNO mengenai status keahliannya […]

» Read more

Bantuan Kemanusiaan Op Ihsan Sudah Sampai Kepada Penerima Sasaran Di Gaza

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Dua penghantaran bantuan kemanusiaan menerusi Op Ihsan sebelum ini telah pun selamat sampai kepada penerima di lokasi sasaran di Gaza, sebagaimana yang dirancang. Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, beliau sendiri telah mendapat laporan berhubung perkembangan penghantaran itu. “Telah sampai dan masuk (bantuan ke Gaza) kita sudah dapat laporan, hantaran itu telah […]

» Read more

Peningkatan Bilangan Pelabur Domestik Bukti Keyakinan Pelabur Semakin Tinggi – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Peningkatan bilangan pelabur domestik terutama melibatkan syarikat tempatan di Malaysia menunjukkan keyakinan dalam kalangan pelabur semakin tinggi berbanding sebelum ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata ini terbukti apabila 45 peratus daripada RM225 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan dalam tempoh Januari hingga September bagi tahun ini adalah […]

» Read more

Zambry Mahu Terus “Merakyatkan” Wisma Putra, Polisi Luar Negara

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyasarkan untuk terus “merakyatkan” Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam usaha menghebahkan kepentingan polisi luar negara kepada umum dan global. Justeru, beliau berharap menerusi peranan media tempatan dan antarabangsa yang signifikan hari ini, usaha itu dapat dipergiatkan dan mencapai matlamat supaya rakyat dapat memahami dengan lebih baik. “Kerana […]

» Read more

158 Mangsa Penipuan Pekerjaan Di Luar Negara Masih Terkandas

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Seramai 158 mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara masih terkandas di negara destinasi setakat November lepas, Dewan Negara diberitahu. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata angka itu adalah daripada jumlah keseluruhan mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan yang dilaporkan membabitkan seramai 428 orang. “Sehingga 20 Nov lepas, Polis Diraja Malaysia […]

» Read more
1 42 43 44 45 46 311