MIC, MCA Bersama BN Lakukan Perubahan

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Parti MIC dan MCA akan terus bersama Barisan Nasional (BN) dalam usaha melakukan perubahan bagi menghadapi cabaran politik pada masa depan. Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata parti komponen BN perlu sepakat membuat perubahan dengan mengambil kira kelemahan yang ada untuk terus kekal relevan. Beliau berkata BN perlu menjadi sebuah parti pembangkang yang […]

» Read more

Ahli UMNO Digesa Bangkit Bersama Bina Kekuatan Baru Parti

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar UMNO terus bangkit bersama rakan-rakan Barisan Nasional (BN) yang lain untuk terus mengorak langkah ke depan dalam usaha mewujudkan kekuatan baru di dalam parti. Serentak itu beliau memberitahu parti telah mewujudkan ‘task force’ bagi melaksanakan tugas serta tanggungjawab dalam usaha untuk membangkitkan UMNO sebagai […]

» Read more

Tiga Kejanggalan Untuk Empat Hari Pertama Pentadbiran Pakatan Harapan

PAKATAN Harapan baru sahaja menubuhkan kerajaan selama tempoh empat hari. Masih terlalu awal untuk menilai pencapaian kerajaan baharu ini, justeru kita seharusnya memberikan ruang kepada kerajaan melunaskan janji-janjinya. Pun demikian, dari hari pertama lagi, saya mengikuti dengan dekat tindak tanduk kerajaan baharu ini, dan saya dapati ada beberapa perkara yang agak merisaukan. Jika diteliti muka surat 4 Buku Harapan, kerajaan […]

» Read more

Najib Letak Jawatan Presiden UMNO, Pengerusi BN

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta merta setelah BN gagal untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke 14 yang lalu. Menurut beliau, perkara ini dilakukan di atas dasar tanggungjawab sebagai ketua di dalam BN apabila parti tersebut gagal untuk memenangi PRU […]

» Read more

BN Melaka Akan Jadi Pembangkang Terbaik Untuk Rakyat

MELAKA, 11 Mei – Barisan Nasional (BN) di Melaka akan menjadi pembangkang terbaik dalam memastikan sistem semak dan imbang dapat dilaksanakan untuk rakyat negeri berkenaan, kata Pengerusinya Datuk Seri Idris Haron. Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata beliau dan 12 lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN juga akan memastikan kebajikan mereka terus terbela apabila mewakili rakyat di kawasan masing-masing […]

» Read more

Penafian dan Privasi

Kesemua kandungan editorial, grafik dan video di laman web ini dilindungi oleh undang-undang hak cipta Malaysia dan tidak boleh disalin atau digunakan semula tanpa kebenaran nyata pihak kami, pemilik berdaftar domain umno-online.my (selepas ini dirujuk sebagai “Pemilik Tunggal”), yang berhak dari penggunaan mana-mana kandungan sedemikian dalam talian untuk apa-apa maksud adalah dilarang. Kebenaran untuk menggunakan kandungan hak Media UMNO diberikan […]

» Read more

BN Kalah PRU14 Kerana Gagal Menangi Hati Rakyat

JOHOR BAHRU, 10 Mei – Kekalahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah disebabkan parti itu gagal memenangi hati rakyat. Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir Hasni Mohamad berkata pemimpin UMNO dilihat hanya sekadar bercakap kepada jentera parti mereka ketika turun padang berbanding mendengar masalah dihadapi rakyat di akar umbi. “Saya memang sudah jangka […]

» Read more

BN Johor Percaya Keputusan Rakyat Dibuat Berasas Kesedaran

JOHOR BAHRU, 10 Mei – Barisan Nasional (BN) Johor percaya keputusan rakyat dalam memilih kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dibuat dengan penuh kesedaran kerana rakyat mengharapkan kerajaan yang lebih baik. Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata seluruh jentera parti termasuk sukarelawan dan penyokong sudah berusaha sehabis baik yang mungkin untuk berkhidmat kepada rakyat, namun, suara demokrasi […]

» Read more
1 309 310 311