Beri Perhatian Kepada Wanita, Ibu Tunggal Hilang Pekerjaan

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berharap kerajaan mempertimbangkan langkah-langkah bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik hari ini kesan daripada penutupan operasi bagi sebahagian besar perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Katanya, kadar pengangguran Malaysia meningkat kepada 5.0 peratus pada April berbanding tempoh sama tahun lalu susulan pertambahan individu menganggur meningkat […]

» Read more

COVID-19: Kadar Positif Kes PUI Sivagangga 1.46% – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Kadar positif terkini bagi kes COVID-19 melibatkan kluster PUI (pesakit dalam siasatan) Sivagangga di Kedah adalah 1.46 peratus, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi kadar positif wabak itu di Kuching sehingga semalam sebanyak 2.64 peratus melibatkan sembilan kluster aktif. “Bagi Kluster PUI Sivagangga sehingga semalam, 1,647 individu […]

» Read more

Lanjutan Moratorium: Peminjam Digesa Berurusan Dengan Bank Mulai Jumaat Ini

PUTRAJAYA, 5 Ogos – Peminjam individu yang masih terjejas akibat pandemik COVID-19 dan mahu kemudahan moratorium mereka dilanjutkan, perlu segera berurusan dengan bank masing-masing mulai Jumaat ini dan mengelak daripada melakukannya di saat-saat akhir. Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah berkata ini penting memandangkan langkah terbabit bukan lagi secara automotik. “Permohonan lanjutan moratorium itu harus dilakukan segera oleh peminjam kerana […]

» Read more

OPS Benteng: 25 Penguat Kuasa Ditangkap Subahat Bawa Masuk Pendatang Tanpa Izin

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana rakyat Malaysia termasuk penguat kuasa yang menjadi petualang dan pemberi maklumat sehingga membenarkan negara dicerobohi pendatang tanpa izin, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata sejak Ops Benteng dilaksanakan 1 Mei lepas, sebanyak 25 penguat kuasa ditangkap kerana bersubahat […]

» Read more

Ke Arah Sifar COVID-19, Khilaf Lalu Jangan Diulangi

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Memasuki hari ke-54 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, berita baik mula menyelubungi Malaysia apabila hanya satu kes positif COVID-19 dicatatkan selepas mengalami peningkatan beberapa minggu lepas. Pastinya hari ini kita mengharap agar jumlah itu berubah menjadi sifar sekali gus membayangkan kita mempunyai harapan cerah mengakhiri ‘peperangan’ menentang pandemik maut ini andai semua prosedur operasi […]

» Read more

Tuduhan Meminta ‘Habuan’? Mahdzir Tegas Telah Nafikan Dalam Mahkamah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid hairan dengan kenyataan seorang saksi di dalam kes perbicaraan yang melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor. Bahkan katanya, beliau telah menafikan tuduhan-tuduhan itu semasa dipanggil sebagai saksi dan memberi keterangan di mahkamah dalam kes yang sama sebelum ini. “Jujur saya kongsikan yang saya terkilan dengan penulisan-penulisan yang saya baca. […]

» Read more

Agong Zahir Keprihatinan Terhadap Bekas Tentera

PEKAN, 3 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menzahirkan keprihatinan baginda kepada nasib bekas tentera dengan mencemar duli menziarah dua pesara tentera di daerah ini hari ini, sempena Hari Pahlawan baru-baru ini. Seri Paduka yang berkenan memandu sendiri kenderaan baginda, turut meluangkan masa bertanya khabar kepada Nazeri Mohamed Zin, 64, apabila melihat keadaan […]

» Read more

Muafakat Nasional Masih Sokong Kerajaan Hari Ini – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 31 Julai – Muafakat Nasional bukannya kelompok parti fahaman kiri sebaliknya masih lagi bersama-sama menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan juga pentadbiran kerajaan sekarang. Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, hal ini tidak menjadi isu jika Muafakat Nasional tidak lagi mahu menyertai Perikatan Nasional (PN). Ini kerana pihaknya telah pun bermesyuarat dengan Muhyiddin […]

» Read more

Muafakat Nasional Hulur Pelawaan Rasmi Kepada Bersatu – Annuar

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Muafakat Nasional telah membuat pelawaan rasmi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai pakatan itu, kata Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa hari ini. Katanya Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu […]

» Read more

Ketua Menteri Tiada Kuasa Bubar DUN Sabah – Annuar

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Jelas beliau, Shafie hanya mempunyai kuasa untuk menasihatkan Yang Dipertua Negeri Sabah untuk membubarkan institusi itu. “Datuk Seri Mohd Shafie tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan, dia hanya […]

» Read more
1 213 214 215 216 217 312