Ada Kemungkinan Berlaku Pecah Amanah Dalam KFA – Exco

ALOR SETAR, 17 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu bahawa terdapat kemungkinan berlaku pecah amanah dalam pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang terdahulu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata salah laku itu didakwa berlaku susulan terdapat beberapa keraguan antaranya berkaitan pemotongan gaji […]

» Read more

ADUN Bugaya Meninggal Dunia

KOTA KINABALU, 17 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Datin Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia hari ini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Gleneagles Kota Kinabalu di sini malam tadi akibat masalah buah pinggang. Sumber daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Semporna memberitahu Manis Muka, 65, meninggal dunia di hospital itu tengah hari tadi. Perkara itu […]

» Read more

Ketua Pengarang Sinar Harian Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian Datuk Baharom Mahusin meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pagi ini. Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata Allahyarham mengalami pelbagai komplikasi akibat jangkitan kuman dalam darah. “Allahyarham masuk hospital sejak dua minggu lepas, dia mengalami batu karang tersumbat dalam hempedu. Selepas itu, terdapat jangkitan […]

» Read more

Allahyarham Hasbullah Tegas, Tapi Penyayang

GERIK, 17 Nov – Tegas, tapi penyayang. Itulah sikap Allahyarham Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Raub, Pahang semalam. Anak sulung kepada Ahli Parlimen Gerik itu, Mohd Haris Helmi, 34, berkata selain kelihatan garang, arwah ayahnya juga sebenarnya seorang yang kurang bercakap. “Ayah saya jenis yang tidak banyak bercakap, tapi dia sangat mengambil berat tentang keluarga, […]

» Read more

COVID-19: Lebih 1.06 Juta Rakyat Sabah Terima Manfaat Bantuan Kerajaan Negeri

KOTA KINABALU, 16 Nov – Lebih 1.06 juta rakyat negeri Sabah setakat ini telah menerima manfaat daripada peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM160 juta untuk bantuan COVID-19, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini. Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata menerusi peruntukan itu, RM34.86 juta telah disalurkan menerusi program Bantuan Bakul Makanan melibatkan 169,345 penerima untuk memenuhi keperluan harian rakyat […]

» Read more

Lima LRA Di Kedah Dinaik Taraf Tahun Depan – Exco

ALOR SETAR, 16 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu projek menaik taraf lima loji rawatan air (LRA) di negeri itu yang diluluskan pada 2017 dijangka dilaksanakan pada tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri Datuk Suraya Yaacob berkata kesemua projek tersebut telah melalui proses penilaian tender pada 27 […]

» Read more

Stok Bantuan Banjir Dijual Semula Kepada Pembekal Jika Tak Digunakan – MB Pahang

KUANTAN, 16 Nov – Bermula tahun ini, stok barang bantuan bencana banjir yang tidak habis digunakan di Pahang akan dijual semula dengan hasilnya dimasukkan ke dalam Tabung Kumpulan Wang Amanah Malapetaka Negeri, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata barangan itu akan dijual semula kepada mereka yang dilantik membekalkan barangan […]

» Read more

Malaysia Letak Harapan Tinggi Terhadap Pengeluar Vaksin COVID-19 – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Malaysia meletakkan harapan tinggi terhadap pengeluar-pengeluar vaksin untuk memperoleh vaksin COVID-19 yang dijangka boleh digunakan seawal suku pertama tahun depan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata berdasarkan laporan terkini, terdapat 10 calon syarikat terkemuka pengeluar vaksin telahpun melepasi ujian klinikal fasa ketiga dalam membangunkan vaksin COVID-19. “Seperti kita diberitahu, Pfizer Inc BioNTech SE […]

» Read more

Kerajaan Berhubung Dengan 10 Pengeluar Vaksin COVID-19 – Khairy

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu kerajaan telah berkomunikasi dengan 10 pengeluar vaksin COVID-19 melibatkan lapan pengeluar yang dihubungi secara terus, manakala dua lagi melalui Fasiliti Akses Global Vaksin COVID-19 (COVAX). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata ini susulan makluman daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa terdapat 11 calon vaksin COVID-19 yang berada […]

» Read more

Pemuda UMNO Besut Anjur Program Makanan Infaq

BESUT, 15 Nov – Orang ramai ditawarkan makanan tengah hari percuma di beberapa gerai terpilih di sini melalui program Makanan Infaq anjuran Pemuda UMNO Bahagian Besut bagi meringankan beban masyarakat yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19. Penyelaras program Mohd Rozaini Mohd Rasli berkata dua kedai makanan dipilih menyertai program makan percuma selama tiga kali seminggu itu iaitu Warung Nadzri di […]

» Read more
1 197 198 199 200 201 312