Kes Bunuh Diri Bukan Isu Terpencil, Semakan Secara Mendalam Perlu Dilaksana – Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kebimbangan berikutan berlaku beberapa kes bunuh diri yang dilaporkan sejak kebelakangan ini. Jelas beliau, kajian dan semakan secara mendalam perlu dilaksanakan oleh pihak berwajib kerana dikhuatiri ianya semakin memburuk jika tiada inisiatif yang serius dari sekarang. “Banyak insiden bunuh diri atau cubaan bunuh diri dilaporkan kebelakangan […]

» Read more

Menteri Kabinet: Hormati Hak Prerogatif PM – Reezal Merican

DENGKIL, 27 Mei – Semua pihak perlu menghormati hak prerogatif Perdana Menteri dalam melantik menteri Kabinet seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah seorang yang sangat konsultatif terutama dalam urusan pelantikan sebagai menteri Kabinet. “Pelantikan dan pengguguran menteri adalah kuasa […]

» Read more

Jangan Biar Karenah Birokrasi Sabotaj Pembangunan Sabah – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 27 Mei – Terlalu banyak karenah birokrasi dengan pelbagai syarat ditetapkan jabatan dan agensi kerajaan dalam melaksanakan projek pembangunan, hanya akan membantutkan pembangunan ekonomi Sabah. Timbalan Ketua Menterinya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata karenah birokrasi tersebut mengakibatkan banyak projek pembangunan tertangguh, yang pada akhirnya menjadi antara faktor Sabah jauh ketinggalan berbanding negeri lain. Sehubungan itu, beliau yang […]

» Read more

PM Ismail Sabri Bertemu Pemimpin Perniagaan Utama Jepun Di Tokyo

TOKYO, 27 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu pemimpin-pemimpin perniagaan utama Jepun dalam sesi perniagaan tertutup pada pagi Jumaat dengan beliau mendengar dengan penuh perhatian bagi meneroka potensi minat mereka selanjutnya terhadap Malaysia. Pemimpin-pemimpin perniagaan itu adalah dari Mitsubishi Power Ltd, Persatuan Ekonomi Jepun Malaysia (JAMECA), Rohm Wako Co Ltd dan Mitsui Fudosan & Co Ltd. […]

» Read more

RM6 Juta Sumbangan Politik, Bukan Balasan Beri Kontrak Pembekalan Cip Pasport – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dua cek berjumlah RM6 juta yang diterimanya daripada Syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd adalah sumbangan politik ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dan bukannya rasuah. Ahmad Zahid, 69, berkata tuduhan bahawa cek itu yang diterima melalui bekas Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad Chew […]

» Read more

RM13 Juta Sumbangan Bina Masjid, Sekolah Tahfiz, Bukan Rasuah Beri Projek MyEG – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Wang RM13 juta yang disumbangkan seorang ahli perniagaan kepada Yayasan Akalbudi (YAB) bukan rasuah, sebaliknya bagi membangunkan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk, Perak, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, 69, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau juga tidak pernah menjanjikan apa-apa projek MyEG kepada ahli […]

» Read more

Wang Dalam Akaun Saya Cukup Bayar Kad Kredit, Tak Perlu Guna Dana Yayasan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa baki wang dalam akaun peribadinya lebih daripada mencukupi untuk membayar kad kredit miliknya tanpa menggunakan dana Yayasan Akalbudi (YAB). Ahmad Zahid, 69, berkata akibat kecuaian bekas setiausaha eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, wanita itu telah membayar kad kredit […]

» Read more

DR Adham Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM Siasat Isu Perolehan COVID-19

SERDANG, 25 Mei – Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan berlaku isu rasuah dan penyelewengan berhubung perolehan berkaitan COVID-19. Beliau yang memegang portfolio itu semasa negara sedang berhadapan dengan wabak itu mula melanda negara mengakui pernah menerima sendiri aduan mengenai perkara itu sekali gus menjelaskan perkara itu […]

» Read more

UMNO Selangor Serah Pada Parti, Pas Tentukan Keputusan Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR, 25 Mei – UMNO Selangor menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti itu dan juga Pas, untuk membuat keputusan terbaik berhubung kerjasama Muafakat Nasional (MN). Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata langkah itu dilihat sebagai tindakan terbaik, kerana kedua-dua pihak mempunyai jawatankuasa kepimpinan masing-masing. “UMNO Selangor kalau boleh MN hidup seperti dahulu, itu amat dialu-alukan, […]

» Read more

Ahmad Zahid Nafi Pecah Amanah Dana YAB, Pindah RM17 Juta Kerana Pegawai Cuai

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan melakukan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi (YAB) berjumlah RM 17,953,185.21, sebaliknya menyatakan wang itu dipindahkannya kepada sebuah firma guaman kerana bekas setiausaha eksekutifnya kerap melakukan kecuaian. Jumlah dana yayasan itu melibatkan pertuduhan keenam daripada 12 kesalahan pecah amanah, yang dihadapi bekas timbalan perdana menteri. Ahmad Zahid, […]

» Read more
1 105 106 107 108 109 309