PKPB Di Labuan Berkuat Kuasa 17 Hingga 30 Okt – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa 17 hingga 30 Okt ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya, keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan […]

» Read more

KKM Usaha Pastikan RT Tidak Cecah 2.2 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 11 Okt -Kementerian Kesihatan (KKM) akan berusaha memastikan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) tidak mencecah 2.2 kerana kemudahan kesihatan KKM mungkin tidak mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 jika Rt mencecah paras itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata nilai Rt pada ketika ini berada pada kadar 1.3 dan ia berjaya dilandaikan daripada 2.3 ketika […]

» Read more

COVID-19: 374 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan Lepasi 15,000

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini kekal tiga digit untuk 10 hari berturut-turut dengan 374 kes hari ini, sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan melepasi angka 15,000 kepada 15,096. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan juga meningkat kepada 4,161 kes, selain terdapat tiga lagi kematian dilaporkan. Jelasnya, […]

» Read more

Malaysia Rekod 691 Kes Baharu, Tertinggi Sejak COVID-19 Melanda Negara

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus meningkat dan hari ini mencatatkan 691 kes, iaitu angka tertinggi sejak wabak itu melanda negara dengan merekodkan empat kematian. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata selaras dengan peningkatan mendadak itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan juga kini meningkat kepada 2,936. Perkembangan terkini itu menyaksikan jumlah […]

» Read more

Annuar Seru Ahli Politik Ketepikan Perebutan Kuasa, Tumpu Keselamatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menyeru ahli politik di negara ini agar mengetepikan dahulu perebutan kuasa dan mengutamakan keselamatan rakyat berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara ini sekarang. “COVID-19 adalah satu perkara yang mana semua negara masih dalam proses memeranginya. Do not take this lightly (jangan pandang ringan perkara ini) dan […]

» Read more

Empat Lagi Kluster Baharu Dikenal Pasti Hari Ini

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Empat kluster baharu COVID-19 dikenal pasti iaitu Kluster Jalan Meru di Selangor, Kluster Joo Hwa di Sabah, Kluster Selasih di Putrajaya dan Kluster Bah Ketil di Kedah. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Jalan Meru dikenal pasti di Klang dengan kes indeks kluster itu (iaitu kes ke-11,148) melibatkan lelaki tempatan […]

» Read more

Monorel Putrajaya: RFP Dibuka Tiga Bulan Lagi

PUTRAJAYA, 1 Okt – Kementerian Wilayah Persekutuan akan membuka ‘permohonan cadangan’ bagi projek pembangunan monorel Putrajaya selewat-lewatnya tiga bulan lagi, bagi membolehkan projek itu diteruskan dengan kerjasama pihak swasta. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata, terdapat beberapa syarikat swasta yang telah menyampaikan hasrat untuk membangunkan projek itu dan ada juga yang telah membuat pembentangan kepada Ketua Setiausaha KWP Datuk Rosida […]

» Read more

Ubah Fakta Sejarah Perbuatan Jenayah Intelek, Keilmuan – Sultan Nazrin

IPOH, 1 Okt – Tindakan mengubah fakta sejarah merupakan perbuatan tidak adil dan satu perlakuan jenayah intelek serta jenayah keilmuan yang menafikan hak generasi akan datang untuk memperoleh fakta sebenar, demikian titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. Baginda bertitah langkah merakam, mencatat, merekodkan dan menyimpan bahan sejarah secara tepat adalah kewajipan yang tidak boleh dikompromikan. “Rekod sejarah yang lengkap berperanan […]

» Read more

Konkrit Hempap Kereta: DBKL Diminta Semak Peraturan Di Tapak Binaan

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Kementerian Wilayah Persekutuan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi berkaitan menyemak semula peraturan di tapak pembinaan bagi memperketatkan aspek keselamatan melibatkan orang ramai. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata ia susulan kejadian kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), terjatuh dan menghempap kereta yang sedang dipandu seorang wanita di […]

» Read more

Sukma Johor Diadakan Tahun Depan – Reezal Merican

ISKANDAR PUTERI, 19 Sept – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan bahawa temasya Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 tidak akan dibatalkan. Bagaimanapun, beliau berkata beberapa perubahan akan dilakukan termasuk mengadakan Sukan Para Sukma terlebih dahulu dan kemudiannya Sukma. Sebelum ini, temasya dwitahunan terbesar negara yang sepatutnya berlangsung pada Julai, ditangguhkan ke tahun hadapan susulan penularan […]

» Read more
1 79 80 81 82 83 99